29 Mac 2013

definasi cantik wanita JEPUN, KOREA dan CHINA

cantik memang sesuatu yang subjektif..jom kita cekedaut *betul ke ejaan..bantai jela definasi cantik bagi wanita JEPUN, KOREA dan CHINA

wanita Jepun:
definisi cantik bagi mereka bererti putih kulitnya tanpa ada bintik-bintik hitam dan sebagainya..wanita jepun juga peramah dan mudah mesra dengan semua orang..

wanita China:
orang China kuno berpendapat sekiranya lebih kecil kaki mereka, maka mereka akan lebih cantik..mereka mementingkan akhlak peribadi seseorang..

wanita Korea:
mereka lebih bersifat materialistik dan mereka amat mementingkan paras rupa..oleh sebab itu, sebilangan besar penduduk Korea melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik..

pesanan empunya diri
wahai muslimah..nak kelihatan CANTIK tu boleh..tapi jadilah macam PELANGI..cantik DILIHAT tapi tak boleh DISENTUH..

erti sebuah kehilangan

insyaAllah, kali ini fqa nak share satu cerita yang fqa terbaca dalam satu halaman mana tak ingat la sebab fqa copy and paste dalam laptop..suatu cerita yang sedih..mungkin ramai yang da lihat dan baca kisah ini..fqa sekadar berkongsi untuk buat peringatan kepada semua..

gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan..

*******

di sinilah pasangan (suami?isteri?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup dan mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah..


di sinilah ia datang menghantar makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh kasih sayang..

sekali lagi ia terbang dan datang membawa makanan..namun, ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati..ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya..satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

apabila menyedari pasangannya sudak tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya..ia mengeluarkan bunyi seolah-olah menangisi pemergian itu dengan hiba..

dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya..hidupnya jadi sepi..


*********

begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..manusia bagaimana?..

pastinya burung yang ditinggalkan pasangannya..hidup menjadi sepi..
kita manusia??..

28 Mac 2013

tahniah follower ke-200


korang ingat lagi tak pasal fqa nak mencari follower yang ke-200 blog fqa..kalau tak ingat sila klik di sini ye..alhamdulillah selepas 3 hari menunggu follower yang bertuah ini..akhirnya hari ini, fqa telah berjaya mendapatkan follower itu..


follower yang bertuah itu adalah
.
.
.
.
.

tahniah awak!!!!..

seperti yang dijanjikan, fqa akan memberi hadiah misteri kepada awak..awak jangan lupa hantar butiran diri awak kat email fqa tau sya_fqa91@yahoo.com atau message fb fqa ..nanti macam mana fqa nak hantar hadiah tuh kat awak kalau tak ada alamat awak kan..oke, kerjasama anda amatlah diharapkan..

sekian dari fqa, salam..
~betulkan urat sedikit~

27 Mac 2013

hasil tangan hodoh

inilah hasil tangan fqa yang tak seberapa..da lama pon buat benda nie..almaklumlah time cuti mid-sem hari tu takda buat apa-apa selain menggelapkan muka (buat lesen)..tengok-tengok dalam laci meja study yang da berhabuk tuh ,terjumpa la barang-barang lama yang hampir dilupakan (kain felt)..yola..tempat ngaji jauh kat utara, malas la nak bawak banyak barang cenggini p hostel..buat semak jah..

pencil case yang fqa buat..penat kot nak jahit benda alah nie..siap ada keychain teddy bear lagi tu..comel kan..hehehe..mengambil masa dalam seminggu menyiapkan benda alah nie..tapi puas hati tau..siapa nak cakap la..nanti saya buatkan..hahaha..macam la rajin sangat..


seterusnya, key chain ngan brooch hasil tangan hodoh fqa..senang je nak buat benda nie..asalkan ada bahan jadi jela..pergi kelas pakai brooch button nie kawan tanya beli kat mana?..kami jawab la kami buat sendiri..tak lari bajet..guna benda terpakai je..dia siap tempah lagi..alhamdulillah..dapat la menjana pendapatan..hehehetapi tak tahu la bila boleh siap..bila da masuk ngaji nie..payah banyak la..assigment, kelas..ish ish ish

bila da terlebih rajin nak mengisi masa terbuang..macam ini la keadaan bilik kami..punya la bersepah..sat lagi dengar la mama kami berleter bilik sepah la..hahaha..kami cakap la..rilex la ma, kami kemas balik..takpa mama kami sporting..*sporting la sangat..garang kot!!

oke..malas nak cakap banyak-banyak..penat tangan menaip..sampat sini je entry kali ni..kalau ada salah silap terkasar bahasa, maaf deh..jangan lupa komen ye..tak bayaq pon..hehehe

salam..bye