29 Disember 2013

DIY "flower lights"

Assalamualaikum..

mesti korang pelikkan tetiba rajikn plak aku nak buat diy bagai..sebenarnya aku tak ingat la ambil gambar nie kat mana..so sorry la empunya gambar..tak boleh nak kredit kat awak..

kalau rajin korang boleh la cuba buat "flower light" nie..
kreatif kan..jom kita cuba buat untuk raya tahun depan..kompem2 raya tahun depan habis sarung almond london buat benda nie..hehehe 

selamat mencuba

25 Disember 2013

Kata motivasi untuk harapan masa depan

Assalamualaikum..
Dalam hidp ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan berketawa..adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata..kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan merasai kemanisan kemudian hari..tidak salah sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA ..sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN..sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi..sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal  DIRI SENDIRI..

24 Disember 2013

Luahan Perassan Seorang Anak

Assalamualaikum..

Semalam keputusan Final Exam untuk semester 5 sudah keluar..tapi masa tu memang line student portal asyik loading jela..semalaman tak tidur tunggu nak jawab soalan dalam portal tu..penat letih..dalam pukul 8 pagi baru boleh download result..berdebaq la weh..dap dip dup kot jantung nie..Alhamdulillah lepas je keluar adobe reader tu..subjek yang mula2 aku tengok ialah PANEL CODE..cuak kot..bagi aku tak susah mana pon subjek tu..tapi disebabkan ada salah faham masa peperiksaan dalam dewan..aku dituduh cubaan meniru..ye cubaan meniru!!..memang gileq la..tapi bukan salah aku pon..sebenarnya untuk subjek PC nie dibenarkan membawa buku enakmen..sesiapa yang amek undang-undang tahu la buku nie macamana kan..buku enakmen tu pula buku senior kawan aku..aku pinjam je dan sebelum masuk dewan aku da periksa kalau2 ada nota yang dia tulis dalam buku tu dan memang tak ada nota sebab aku da padam semua..tapi bila pengawas peperiksaan periksa buku tu ada juga nota tak dipadam lagi..nasib baik dia tak halau keluar dan terus jawab soalan..tak sampai seminggu lepas tu sampai surat dari kolej sebab meniru dalam peperiksaan..mama marah sangat kat aku..bila aku cerita tak pernah nak dengar elok-elok..

bila aku dapat tengok result aku terus bagitahu mama..aku bangga dengan result yang aku dapat..aku dapat 3.*3 je..tapi bagi aku result tu tinggi bagi kawan-kawan aku yang kebanyakannya dapat 3.0 pointer ke bawah..tapi bila aku bagi tahu mama..mama cakap "itu ke paling tinggi?..kenapa tak boleh dapat lebih baik?..itu la banyak main je..."Ya Allah betapa hancurnya hati nie bila mama cakap macamtu..kenapa mama tak penah nak sokong aku..apa yang aku buat semua salah..ye..aku tahu..aku tak sepandai adik beradik aku yang lain..dorang pandai..result pon selalu gempak..selalu dapat anugerah..mama pon tak malu nak mengaku dorang anak mama..dorang nak apa-apa selalu mama bagi..kalau aku jangan harap la, asyik cakap menghabiskan duit mama je..sebab tu aku lebih senang usahakan sendiri daripada meminta dari mama..
aku bukan berniat nak burukkan mama..tapi aku juga ada perasaan,,jangan la suka bandingkan kami adik beradik..setiap anak ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..tiada manusia di dunia ini mempunyai kebolehan dan perwatakan yang sama..sepatutnya istilah perbandingan yang adil sepatutnya tak ada sebab setiap kanak-kanak atau orang dewasa melalui perjalanan hidup dan cabaran berbeza..aku sayang mama..tapi macamana aku nak tunjukkan perasaan tu kalau mama sentiasa rendahkan diri aku depan adik beradik aku..
p/s: sekarang nie tak ada mood..so jangan ganggu aku

22 Disember 2013

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Sehingga 31 Januari 2014

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Sehingga 31 Januari 2014
Permohonan BR1M 2014 Dibuka Sehingga 31 Januari 2014 | Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka mulai 23Disember Sehingga 31 Januari 2014 – Kenyataan Kementerian Kewangan

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Sehingga 31 Januari 2014

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

sumber : sini

16 Disember 2013

The Button Giveaway 2013

Assalamualaikum..


hadiah: button badges x 30pemenang
^
^
Syafiqah Akmal

Tarikh tutup: 18 Disember 2013

minta pendapat blogger

Assalamualaikum..
lama kan aku tak menulis entry kat blog uduh nie..hehe..almaklum la sibuk sikit..nie pon baru balik dari kelantan..kenduri abang sulung aku..ok..nak citer pasal wedding abang aku nanti aku buat entry lain..entry kali ini, aku nak tanya pendapat blogger..

perlu ke aku buat page lain untuk promote baju2 yang aku nak jual?..atau just guna page yang sedia ada?..

tolong la sangat2 ye..sebab aku da jadi agent dropship, sebab tu yang kalut semacam..almakluam la nak cari pendapatan sampingan kan..sikit2 tu boleh la..


8 Disember 2013

vector gambar sendiri

Assalamualaikum..
pertama kali buat vector menggunakan SAI..lain bebonar dengan muka asal kan..hehehe..baru first time kata kan..

sila la komen..mana yang kurang lebih tu boleh aku practise lagi..

saipa nk aku buatkan vector pon boleh la PM kat fb aku..nak gambar yang jelas dan terang ye..

7 Disember 2013

Giveaway Akhir Tahun By Zharif & Zuhri

Assalamualaikum..

oleh kerana kebosanan yang tahap tak tahu ntah nak buat apa..tengah scroll FB tiba2 ada tengok Zuhri ada post pasal GA..yeah..nak join..da lama tak join segmen atau GA..tapi tak penah menang pon..hohoho..hope dapat..hekhek

okey done..nak join?..and nak tengok syarat2nya?..tekan ke banner kat atas tu..okey..Assalamualaikum..byebye

5 Disember 2013

doodle part2

Assalamualaikum..

malam nie aku terajin buat doodle..tak comel pon..tapi cute tu ada la..hahaha..kekoyaan terserlah..

so saipa2 yang nak tu boleh la ambik..tapi jangan lupa kredit kt aku balik taw..


oke..kalo rajin komen la ek..hehe

Jagalah Imej Wanita Berpurdah

Assalamualaikum..
kan baik jika seseorang tu berhijrah untuk melaksanakan tuntutannya dalam berhijab..tapi zaman sekarang nie, pemakaian hijab atau lebih ketara niqab dalam kalangan remaja perempuan seakan-akan disalah ertikan hukum pemakainannya..

tak salah berniqab asalkan cara pakainya bertul disertai niat yang betul..namun yang menjadi persoalan di sini, ada di antara mereka memakai niqab yang bercorak, ada sengaja yang meletakkan hiasan-hiasan supaya niqab mereka nampak menarik dan tak ketinggalan zaman..dan tak ketinggalan ada yang memaparkan wajah berniqab mereka dalamaa facebook dengan gaya manja ala-ala gwiyomi!!
dah tentu tak elok sebagai seorang muslimah, kita menyalahguna pemakaian niqab hanya kerana terikut-ikut peredaran fesyen..sebaik-baiknya, jagalah imej sebagai wanita berniqab..
pemakaian niqab bertujuan untuk mengelakkan fitnah di samping menggambarkan ciri-ciri wanita muslimah dan terpelihara maruah dirinya daripada pandangan lelaki

3 Disember 2013

edit blog sendiri

Assalamualaikum..

akhirnya berjaya juga edit blog nie mnggunakan nasihat pakar iaitu prof google..penat gak mengedit nie..habis satu hari dari pagi sampai ke petang menatap benda alah nie..hoho..

amacam cantik x?..aku edit sikit2 je..sakit pinggang dow..

header nie aku bukan buat sendiri..credit to Gadis Semasa..comel2 dia buat..simple je..tapi aku tak pendai la nk centerkan header nie..da banyak kali betulkan..tpi still tak center2 gak..sape boleh tolong =(

background nie plak aku credit kat mr google je..sebab aku taip background cute terus kuar banyak2 yang super duper cute..tapi yang nie la menarik perhatian aku..try la cari gak ye..

nampak tak cbox aku yang warna pink tu..yang tu plak aku nak credit kepada Aisyah..comel je kan..aku da try banyak kali yang lain tapi tak leh..so aku guna yg nie jela..

kalo korang perasan background untuk body aku pon da tertukar..ape benda background untuk body tu..korang try check la kat Alia Eyra nie..sebab aku amek kat dia..

oke..aku da siap credit dari mana aku amek tutorial ngan segala macam yang comel tu..kalo ada terlebih dan terkurang tu maaf la ek..

agak2 ada ke nk suruh aku tolong editkan..hahaha
 



2 Disember 2013

Ayat lelaki bila nak ajak perempuan buat 'ehem-ehem'

Assalamualaikum..

salam u'ollz..amacam title..korang paham x maksud ehem-ehem tu apa?..masud ehem2 kat sini ialah buat seks ler..macam entry 18sx je..ok..budak2 tak cukup umur boleh pergi main jauh2..hahaha..

harap korang tak percaya ngan kata2 manis lelaki yang diibaratkan macam gula-gula kapas yang lembut je bila digigit tapi tak sangka gula2 kapas yang manis tu boleh merosakkan gigi..

AYAT LELAKI BILA NAK AJAK PEREMPUAN BUAT SEKS
(yang biru tu ayat laki..and then pink tu jawapan dari seorang perempuan)

















kalo laki tu btul2 sayang kat awek dia..dia tak akan ajak pompuan tu buat ehem2..kalo camtu nampak sangat dia langsung tak sayang awek dia..kalo sayang pasaipa tak suruh awek ko tu pakai tudung..tutup aurat..pergi majlis agama ka baru la berkat hubungan tu..iyo dop?..

peringatan untuk semua perempuan dan untuk diri aku jugak..