26 Jun 2012

::nikmat sakit::


untuk renungan bersama..sakit tuh penghapus dosa..janganlah kita mengeluah dan menyalahkan Allah kerana sakit yang kita hadapi kerana Allah sangat sayangkan kita sebagai hambaNya..

Allah kasihkan kita melebihi segala kasih sayang yang ada di atas muka bumi..subhanallah!! ya Allah jadikanlah aku insan yang bersyukur..

kebahkanlah demamku ini ya Allah..seksa rasanya..

24 Jun 2012

::maniskan wajah dengan senyuman::


pernah dengar tak orang cakap macamnie? "dia taklah cantik, tapi bila dia senyum nampak manis.."

melalui senyuman kecantikan seseorang akan terserlah..

lagi pon tak rugi lemparkan senyuman tapi boleh dapat pahala lagi tuh..siapa taknak kan..

sabda Rasulullah SAW:
"senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga adalah sedekah..dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.." 

haaa..nampak kan..senyuman nie merupakan salah satu sedekah..tarik mulut lebar2 dan maniskan muka..macam baby kat bawah nie..tiut kann..


21 Jun 2012

Segmen : Nak Cursor Nama Saya ! by Iza Zaty (PART 2)



wanna to tag my beloved blogger
she
her

nama untuk diletak di cursor : syafiqah akmal
2 kod warna : 
FF0099
FF66CC

nak font yang mana: E

tarikh tutup sehingga 30 peserta yang join

12 Jun 2012

::cara penenang diri::


Setiap kali ada problem atau dugaan yang menimpa hidup kita, pastinya perasaan stress, marah, sedih atau takut akan menyelubungi diri..jangan bimbang, miss ada cara untuk menenangkan diri....mungkin tak mungkin dapat membantu menyelesaikan problem korang sepenuhnya, tetapi dapat meredakan sedikit perasaan yang bercampur baur yang korang alami tuh..

1. menikmati teh
dalam sebuah kajian di University Collage, London. 75 sukarelawan minum secawan teh sebelum menyelesaikan masalah yang dihadapi..47% daripada sukarelawan itu berjaya menurunkan hormon marah dan tekanan berbanding mereka yang tidak meminum teh..


2. urutan
teknik urutan dapat menenangkan diri hingga 30%..sekiranya mahu lebih cepat, urut bahagian ibu jari dan telunjuk selama 20-30 saat..

3. makan coklat
rasa yang ada pada coklat dapat membesarkan pembuluh darah sehingga mengurangkan tekanan darah..harus diingatkan pilih dark chocolate berbanding milk chocolate..

4. buka youtube
ketawa boleh mengurangkan kadar hormon stres..so, cari video lucu di youtube dan ketawalah sepuasnya..

5. zat EPA dan DHA Omega-3
orang yang di dalam darahnya mengandungi zat EPA dan DHA Omega-3 dengan kadar yang tinggi akan lebih bahagia..makan ikan salmon, sardin atau suplemen EPA dan DHA

tetapi diingatkan tiada yang lebih baik untuk cara menenangkan diri iaitu sentiasa mengingati Allah dan memperbanyakkan berzikir..


11 Jun 2012

8 Jun 2012

::nasihat terbaik::









p/s: cerita nie xda kena mengena dengan fqa ye..just nak buat kelainan kat blog nie..jangan lupa komen ek..hehe..first time buat benda alah nie taw..kalau nak puji jangan malu2 taw..hehehe..

5 Jun 2012

::berdoa::



Pernah tak korang terfikir mengapakah kita perlu berdoa?..bukankah Allah sememangnya Maha Mengetahui tentang semua keinginan kita walaupun tanpa perlu berdoa?..bermula daripada bangun tidur lagi ajaran Islam yang suci telah mengajar kita untuk berdoa..setiap amalan seharian kita juga ada doanya tersendiri..

Berdoa merupakan permohonan dan pengharapan kita sebagai hamba kepada Allah..berdoa akan merendahkan darjat kita sehingga kita merasakan diri kita tiada apa2 dan hanya mengharapkan sepenuh bantuan daripada Allah..sewaktu kita sedang berdoa, sedarkah kita bahawa wujud hubungan kita dengan Allah dan sentiasa terjalin sehinggalah lahir kasih yang suci..

Kita perlu mempunyai keyakinan yang tinggi dengan setiap apa yang kita doakan..berdoa perlulah diiringi dengan usaha yang jitu..pada waktu yang sama kita juga perlulah sedia menerima segala ketentuan Allah..orang yang beriman akan reda dan sentiasa menerima ketentuan Allah..berdoalah setiap masa dalam keadaan susah dan senang dan berterusan kerana kita tak tahu bilakah doa kita akan dimakbulkan..rajin2lah berdoa yang baik2 untuk ibu bapa, guru2, ahli keluarga dan lain2..doa yang tulus boleh mengubah takdir yang telah ditentukan oleh Allah..insyaAllah..

Ingat fqa dalam doa korang..aminnn