9 November 2017

Suamiku Kontraktor Je

Assalamualaikum.

Image result for cute contractor

Siapa yang bercinta dengan kontraktor atau bekerja sendiri memang hati kuat. Tak berWhatsapp, tak call dan tak berhubung sampai seminggu paling koman. Masa kerja diorang memang pack, padat! Tapi bila ada cuti, masa itu jelah diorang tidur. Apatah lagi kalau nak keluar berdating bagai.

Ye, Fqa faham sebab suami aku seorang kontraktor yang bekerja sendiri. Even dah kawin sekarang ni pun kalau ada on call tengah malam, sampai ke malam esok la baru jumpa bini dia ni.

Normal la kan kadang-kadang Fqa menggedik nak kan perhatian suami. Almaklumlah balik kerja dah lewat. Siap mandi, makan dan suami terus tidur. Esok paginya pula pergi kerja lagi awal dari orang kerja pejabat.

Tapi kalau dapat pergi pasar malam pun dah melonjak sampai ke langit.

Bagi mereka yang selalu cakap, "Suami dia kerja kontraktor la. Tapi aku tengok selalu macam tak ada duit."

Walaweh, meh nak luku sikit. Diorang kalau tak kerja tak ada la duit. Lagipun suami selalu lebihkan pekerja dia dulu sebelum dirinya. Cuba bayangkan, tengah malam tiba-tiba dapat call, anak demam apa, suami segera tolong bawak pergi hospital. belum lagi bagi duit tepi apa. Ya Allah, murahkanlah rezeki suamiku. Lain la awak tu, duduk kerja gomen boleh la cakap bukan-bukan, cukup bulan dapat gaji.

Alhamdulillah, rezeki tetap murah. Doakan kami cepat dapat rezeki anak pula ye.

Image result for cactus transparent
Isteri Kontrakror,
FqaAkmal

5 June 2017

Saya Kembali.....

Assalamualaikum.
Fuh! Fuh! Tiup habuk sikit. Habis bersawang blog ni.
Lama betul aku tak menulis. Bukan tak mahu menulis, membebel, merepek meraban. Tapi tiada idea la nak mengayat tu entah kemana.
Insya Allah mulai sekarang aku akan cuba menulis kat sini. Meluahkan perasaan. Sebab aku tahu tak akan adanya orang yang baca.
Selamat berpuasa semua.