29 Disember 2012

doa ketika hujan




Allahumma soyyiban nafi'a..Ya Allah,,jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.. aamiin..

hilang kawan



hye korang..sedapnyw la kan marshmallow nie kan?..tiba-tiba rasa lapar la pula..

entry kali ini fqa nak habaq pasai satu benda nie..

korang rasa patut ka kita bergaduh, bermasam muka, bertumbuk bagai hanya sebab seorang lelaki yang perasan macho?.. menyampah eden..

fqa pon tak heran la dengan mamat tuh..hangpa nak kawan dengan dia kawan jela..tak payah la nak menunjuk sangat yang hangpa tuh sorang jah dok kawan dengan dia..aishh..serabut den..tak payah la konon-konon nak menunjuk tak faham mamat tuh sent is im is kat dia.."f***h cmel la"..hampeh betul la..saja nak buat den makan hati berulam jantung kan..

tipu la kalo fqa tak jealous mamat tuh rapat dengan hangpa..dia la kawan lelaki den pertama kat kedah nie (walaupun dia orang kelantan)..boleh dikatakan kami bergayut sampai tengah malam..tanya pasal sesuatu perkara yang kurang faham..sama ada pasal study atau soal hati..dia juga la yang selalu pesan kat fqa supaya betulkan niat kita mari mengaji lillahi..kalau kelaparan tengah malam dia jugak la yang bermurah hati nak belikan burger untuk kami..(fqa, yan ngan kak su)..

tapi sekarang dia da ada kawan baru..is im is pon da jarang sekarang ini..apatah lagi gayut sampai tak ingat dunia..da tuh pulak asyik nak bergaduh je..sedih la jugak walaupun kami xde perasaan pon kat dia..tapi kami takut kehilangan dia..kami takut dia lupakan kami..tak apa la..asalkan dia happy sudah la..kami tetap doalan dia bahagia dengan budak tuh..ukhwah lillah..insya Allah..




22 Disember 2012

fesyen paling up-tp-date



Fesyen paling up-to-date sekarang adalah

BERTUDUNG LABUH!!!

Sebab dari dulu lagi orang dah pakai baju ketat-ketat..baru-baru ini pilak ramai dah yang bertudung labuh, berhand-sock, berstokin..

Manusia yang kurang cerdik saja akan kata fesyen ini not up-yo-date..
hanya wanita-wanita yang cool dan stylo sahaja dan yang update fashion saja akan bertudung labuh dan berpakaian kemas lagi syarie..

Badan itu lagi dititup lagi lawa jadinya..tapi lagi dibuka lagi hilang harum dan hilang harganya..

Dear Muslimah, up-to-date your fashion today ya.;)

kami bermain hujan=)

ISLAM itu agama yang memudahkan dan tidak menyusahkan umatNya..
dan hukum bertudung adalah wajib..
selagi tudung itu menepati syariat ia melabuhkan di bahagian dada,
maka tak salah nak stylo belit-belit shawl or apa-apa pun..

9 Disember 2012

selamat pengantin baru epul & eyza


congratulation to my cousin 
kerana telah menamatkan zaman bujangnye bersama orang yang tersayang
sama padan sama cantik..

tapi sayang fqa tak dapat pergi pun majlis persandingan mereka
lagipun baru je sambung degree kat kedah nie
takpe la fqa hanya mampu mohon doa dari jauh jah...

jom kita terjah gambar pengantin baru..
(credit from fb pengantin)

EPUL & EYZA

..suka sangat gambar nie..

..pink gituh..abang eman tak sabar da tuh..

..sama cantik sama padam..putih suci..



" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

7 Disember 2012

dapat doodle lagi =)


apa khabar kawan-kawan semua..
di harap pagi jumaat yang penuh barakah nie, sihat-sihat belako di bawah naungan Allah..inshaa Allah..

alhamdulillah..fqa dapat doodle lagi..kali ini dari blog sukakartun23 pula..


sebenarnya tak sangka pon boleh dapat doodle free nie..
sebab fqa saja2 komen dalam 1 entry dia yang dulu..
btw, sangat comel..lagi-lagi pakai tudung labuh..jubah pula tuh..
terima kasih sangat-sangat..

2 Disember 2012

main game dapat doodle =)

\
siapa kaki game kat sini..fqa ada satu game nak share dengan korang..
"game dress up"
ok fine siapa-siapa yang tak brminat, sila angkat kaki sambil goyang-goyang ibu jari kaki..huhu

fqa memang suka sangat-sangat main game dress up..dapat main game nie macam seronok sangat..
selalu main dress up yang barat dok buat tuh..tutup macam mana pun tetap nampak seksi..

tengah godek-godek terjumpa la plak game nie..ada ciri-ciri islamik..siap boleh dipakaikan dengan tudung labuh lagi..seronok sangat jumpa game macam nie..tak pasal-pasal boleh plak dapat doodle free of charge..

ini la hasil fqa main game dress up tuh..comel kan..

doakan fqa istiqamah untuk berterusan memakai tudung labuh..insya Allah

kalau sahabat sekalian nak cuba main game nie klik je


selamat mencuba =)