29 November 2013

siapa boleh tolong editkan blog?..

Assalamualaikum...
Ada saipa2 tak yang boleh tolong ubah suai blog aku nie..aku dah bosan la dengan design nie..nak buat sendiri macam malas je..tambah pulak masa nak mengadap laptop dah tak serajin dulu mula2 dapat laptop..72jam tak tutup laptop pon boleh kau peah..nasib baik la tahan lasak laptop nie..

ok, sambung balik pasal edit blog, kalau yang berbayar tu jangan la mahal2 taw..hehehe..duit tengah pokai la..tapi kalau budget dalam rm20 paling mahal boleh la..kalau korang taw saipa2 yang boleh edit blog murah + cantik, tolong bagitaw aku taw..yang penting puas hati..

thanks.. v(^_^)v

16 November 2013

Rahsia al-Kautsar

Assalamualaikum..


surah nie paling pendek..hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik..rasanya lebih manis daripada madu..warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi..

surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Rasulullah kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib..

berbagai khasiat terkandung dalam surah ini boleh diamalkan..
baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita..
jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher..insha Allah hilang dahaga..
jika sering sakit mata seperti berair, gatal, dan bengkak, sapukan air mawar yang yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata..
jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x mudah-mudahan Allah bagi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu..
jika membacanya 1000x rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat..
jika orang teraniaya dan terpenjara, membacanya sebanyak 71x, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..

selamat beramal..terima kasih pinjamkan 3minit untuk baca entry ini..

13 November 2013

Preloved Novel Giveaway Part 4

Assalamualaikum..

saya nak novel Akhirnya Aku Kahwin..sebab saya tak pernah baca novel ini..harap2 dapat ye..huhu

1. Siapa nama pelakon yang memegang watak hero dan heroin dalam drama Playboy Itu Suami Aku?
Hero: Fattah Amin 
Heroin: Nur Risteena

2. Bila dan siaran mana yang tayangkan drama Playboy Itu Suami Aku?
Ditayang setiap hari Isnin sehingga Khamis pada pukul 7 malam di slot akasia TV3

3. Siapa nama pelakon yang memegang watak hero dan heroin dalam drama Syurga Di Wajahmu?
Hero: Hazrin Kamarudin 
Heroin: Ana Dahlia


Daim Giveaway by Akma

Assalamualaikum

tarikh tamat: 23 NOVEMBER

11 November 2013

exam time :(

Assalamualaikum..
alhamdulillah hari ini selesai menjawab dua paper..tinggal lima paper lagi..huwaa..banyaknya..

korang nak taw tak..memang spoil la masa hari first aku punya paper hari tu..subjek English Foundation..jatuh pulak hari peksa tu hari sabtu..cuti umum kat kedah kan..exam pulak setat pukul 9 pagi..punya la tunggu lama..tak ada bas rupanya..pakcik bas tak dapat jadual lagi..tengok jam da pukul 8.30pagi..cuak weh..van pula ada satu je masa tu..memang kalut la masing2..cuba bayangkan van tu hanya boleh muatkan 10orang je dalam satu masa..orang pulak melebihi 50 orang kot..memang haru biru kot..

nasib baik la berkat ke'keding'an aku nie dapat juga menyelit masuk van itu..haha..sampai kat dewan peperiksaan pula semua orang da kena masuk..alahai kalut lagi..mana nak cari tempat duduk..adeh..banyak mengeluh la kau peah!!..

"adik, letak buku tu kat belakang ye..sebentar lagi peperiksaan nak bermula"aish..apasal akak pengawas nie cakap macamnie kat aku..

adeh, rupa-rupanya boleh pulak aku terbawak masuk buku EF sampai dalam dewan..itulah dok kalut sangat cari tempat duduk..malu kot nak ke belakang balik..segan..terasa semua orang pandang je bila aku jalan ke belakang sambil bawak buku EF tu..padahal tak ada siapa pon perasan kau peah!!hahaha
Ya Allah tolong la permudahkan aku menjawab peperiksaan semester ini ini..

6 November 2013

Girl's Day Out (2NOV)

Assalamualaikum..

Tasik Darul Aman, Jitra..siapa pernah pergi?.kalo sape pernah pergi tahu la macamana seronoknya bila ada kat sana kan..tenang je fikiran..oke..ceritanya bermula begini..pada malam 1hb November aritu, kawan saya Biah tepon tengah malam.."pkah..nak pergi Jitra x esok?..jom la.."aku dengan exitednya terus setuju..hehehe..memang kaki jalan la aku nie..sapa nk kawen ngan aku mesti dia suka berjalan ye..hehehe
keesokan paginya, memang terlebih double exited, aku bangun awal..selepas subuh tak tidur seperti kebiasaannya..dok pikiaq nak pakai baju pa..itu pon pakai baju pinjam kot..thanks Shuha.. :)..kalau la aku tahu nak pergi berjalan..aku bawak da baju blouse aku..hehe

kami pergi 2 buah kereta seramai 10 orang..gambar nie kami dalam sebuah kereta..memang kecoh la dalam kereta nie..mizah, shuha, farah, bie & fqa..

kami sampai tengah hari..memang lapaq la masing2..terus pergi kat Tasik darul Aman walaupon tengah panas terik kat sana..banyak pokok kot..kami berkelah bawah pokok jela..dok bersantai2..poyo giler kan..haha..nasib baik tak ada gambar, kalo ada, makin terserlah la kepoyoaan kami..hahaha..lepas2 makan terus pergi masjid solat zuhur dan berehat kejap..eleh padahal bukan penat sangat pon..baru lepas makan kot..da siap solat memula perjalanan ke Jitra Mall..dorang nak cari hadiah kelas..tukar-tukar hadiah katanya...aku ikut je..harga barang plak standard la..tapi baju-baju murah la..nak beli tapi bila tengok dompet takda duit pon..NO MONEY, NO TALK maa..

bila da lepas carik barang dorang, time nie la ada perbalahan sikit..ada yang kata nak p perlis..pastu nak g tasik Darul Aman tu je..sebab masa kami pergi makan tengahari tu tak buka la..so setelah menimbangkan kalo pergi perlis tu susah nk kona2 balik..tak tahu jalan bagai..kami pon bersepakat la mai tasik tu kembali..i'm back..yeah!! awai kot kami mai..pukul 3.30 petang..panas lagi time tu..tapi ramai orang da..kami naik keta golf nie untuk pusing satu tasik..best!!..hehe..harganya RM17 tapi boleh naik 5 orang..so tak terasa la mahal sangat..silap kami pergi masa hujung minggu.. :(




6.30 kami keluar dari tasik..tapi macam awal sangat..so kami pakat nak pergi Sungai Petani pula..adeh...memang berjalan la kami satu hari..hehe..
kebetulan pula masa tu ada siaran langsung Gempak apa ntah..program joget2 tu..aku tak taw la nak cakap camna..buat2 paham jela ek..boleh pula jumpa artis..hee..aku tengok sorang2 je..yang lain pergi shopping baju..boleh pulak dok ralik tengok dorang dance, member ajak balik..huwaa..nak tengok sampai habis...

nie je yang sempat aku beli..mask muka..hoho..RM5x3..biasa kalo aku beli rm3x1..mahal la rasanya..aku kan kedekut..sampai kat asrama terus tidoq sambil pakai mask perisa chocolate..nyaman je muka..


1 November 2013

salam awal muharram

Asslamualaikum..

"Awal Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah, perpindahan Nabi dan umat Islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah.."

ehem2x..sedap tak suara den..hehe..


kawan2 hari selasa nie tanggal 5 November sudah mula bulan Muharram, bulan di mana segla catatan amal kita ditutup, diserahkan ke Allah SWT dan diganti yang baru..sebelum catatan amalan Fqa ditutup, Fqa ingin minta maaf kepada awak semua, jadi tolong maafkn ye!!