23 February 2014

Ini Bukan Blog Lucah!!

Assalamualaikum..

tersebutlah perbualan antara kak peah dan mak jemah mengenai post entry yang paling pageview banyak adalah pasai ehem-ehem..

klik untuk tumbesaran!!


kak peah    : hangpa ingat blog aku nie blog lucah ka?...

mak jemah  : amboi..ayat marah nampak kak peah..

kak peah    :  pasaipa plak tak marah..meh kau tengok nie..dorang pi search google benda2 lucah..mentang-mentang la ceq buat entry pasai "Ayat Lelaki Bila Nak Ajak Perempuan Buat'Ehem2"

mak jemah  : owh..patut laa...mana entry tu..aku nak tengok gak..

kak peah    : ceh..melebih plak mak jemah nie..menyampah aku!!

21 February 2014

Doodle Batrisyia Delaila

Assalamualaikum..

ingat lagi tak entry first doodle pink yang lepas..kalau tak ingat meh klik sini.. aku janji nak buatkan doodle untuk dua orang je kan..lama gak aku tunggu..bajet macam doodle yang aku buat tu cun sangat je..ayat sedih la nie..

nasib baik la adik delaila sorang nie je yang sudi nak doodle yang comot dari akak yang cekeding nie..thanks adik..

terima la doodle ini dengan seikhlasnya..


Thanks sekali lagi adik Batrisyia Delaila..

17 February 2014

Aduh, Perlahannya!!

Assalamualaikum...Salam Jumaat yang Barakah..

apa benda la perlahan sangat tu sangat kak peah nie merungut..sebenarnya ianya adalah seekor binatang..

Ha?..kura-kura..bukan la..binatang tu da biasa sangat kan kita tengok..betul tak?..

kalau nak tahu rupa binatang yang bergerak paling perlahan dalam dunia, 

ini lah dia...
macho kan?..

nama dia Sloth..dia tidak boleh berlari, berjalan dan berdiri..sloth mungkin mengambil masa hampir tiga minggu untuk bergerak sajauh satu kilometer..

mereka menghabiskan masa hanya dengan bergantung di pokok..mereka makan, tidur malah melahirkan anak pon secara bergantungan juga!!

tapi tak kisah la, Sloth bukan ada assigment nak kena siapkan...

sebelum saya akhiri entry nie.. jemput la tengok sloth nie..



13 February 2014

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist  bagi setiap bulan . 

Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.

1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .

Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .

12 February 2014

first doodle pink

Assalamualaikum..
first doodle lepas aku download SAI, PhotoScape dan GIMP baru..warna pink plak tu..nampak ayu kan..hehehe

penat gak sebab lama dah tak mendoodle nie kan..agak-agak nak cuba buat lagi la..2orang yang terawal je taw..boleh tak?..

oh ye, sebelum aku lupa aku nak bagitahu korang nie..aku rasa nak buat giveaway simple hujung bulan nie..hadiahnya dress jubah..agak-agak dapat banyak sambutan tak?..aku nak survey dulu nie..kalau tak, tak mencabar la kalau ramai yang tak join kan..

apa lagi cer la komen... :)

10 February 2014

Giveaway 5 Hari je

Assalamualaikum

yeah!!hari ini aku join GA adik zawiah nie..GA nie simple je syaratnya..so, hadiah pon simple la kan..aku pon bukan jenis sabar nak menunggu lama-lama..hahaha..

pape pon sape nak join cepat2 la ek..almaklum la GA nie selama 5 hari je...

due: 15 febuari 2014

9 February 2014

Potongan Rambut yang Haram Bagi Umat Islam


Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh, sudah menjadi trend dalam kalangan remaja..tapi mungkin ramai yang tak sedar dan tak tahu bahawa anya adalah HARAM bagi mereka yang beragama Islam..terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah iaitu QAZA'..

Qaza' ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain..samaada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi..mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan dan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya..

Larangan melalukan qaza' ini telah disebut dalam hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sebarkan dan semoga ianya mendatangkan manfaat =)