30 July 2013

freebies: doodle telekung

Assalamualaikum..

terlebih rajin nak buat doodle untuk korang lagi..sebenarnya da beberapa hari yang lepas siap memdoodle doodle nie..cuma tak sempat je nak online..alhamdulillah, akhirnya terpublish juga entry ini..hehehe..

jemput2 la tengok ye..kalau ada yang berkenan tuh, dipersilakan ambil..tapi jangan lupa komen taw..tak payah kredit pon tak apa..




thanks =D

okey..siapa-siapa yang nak tempah doodle boleh la PM kat PAGE ini ye..

26 July 2013

Mini Giveaway by Nur Zahirah

Assalamualaikum 

Mini Giveaway by Nur Zahirah

 photo banner-mini-giveaway_zpsbaf96cdd.png

Click banner di atas untuk join 

Mini Giveaway dianjurkan oleh Nur Zahirah

Senarai sponsor yang baik hati : Yaya Hatsumi | Cik Amal | Dayah Danish | LailaTiqaa | Hannan Hilal | Nuranis Amar | Amira | Mas Ira Syafila Tan | Izzah Zakaria | Nana Ameer | Fatin Alyaa | Pretty Little Badges - Unique & Cute Design

Senarai hadiah yang awesome : Doodle x5 | Topup RM 5 x5 | Gelang Pastel Colour x1 | Rasha Chiffon Shawl worth RM 20 each x3 | Notebook Comel x2 | Blog Review x2 | Voucher Discount 5% x10 | Badge x10

Jom meriahkan giveaway ni :)

Indahnya Menutup Aurat

Assalamualaikum..


Membuka aurat itu mudah, tapi untuk menjaga dan menutupnya teramat payah.. Namun sebenarnya kita tak sedarbila membukanya adalah berdosa berbanding menutupnya.. Percaya lah wahai Muslimah, korang cantik dan menawan apabila bertudung dan menutup aurat.. Tak perlu membeli syampu dan membuat rawatan rambut yang mahal-mahal.. Cukup la hanya dengan menutup aurat.. rambut mengerbang pon tak ada siapa nak kesah..

copy from fb
Ditanya kepada seorang gadis..

AURAT:Awak SAYANG ayah awak tak?
GADIS:Sayang sangat2 ! He's my HERO ! (^_^)
AURAT:Tapi kenapa awak tak tutup 'aurat' ? kesian...ayah awak kena TANGGUNG DOSA awak setiap hari SEHINGGALAH awak bersuami..

21 July 2013

rice cooker rosak

Assalamualaikum
tak sampai 2minggu beli dah rosak?..pekehe la ganas bebonar anak dara nie..
ops..sorry sikit ye..bukan ambo yang guna rice cooker nie..kengkawan bilik fqa yang guna ye..

itulah teringin sangat nak makan spaghetti konon masa buka puasa..tapi sedap tau..yummy

#nasib baik masih ada warranty selama setahun..kalau rugi la ambo..nk tiok sero..kuikuikui..

12 July 2013

penat bebonar la

Assalamualaikum..

Ya Allah..penatnya hari ini..
bertolak dari Teluk Intan ke Alor Setar pada pukul 8 dan alhamdulillah selamat sampai jam 1.30petang tadi..sampai kat asrama pula tengok-tengok nama tak tersenarai la pula duduk kat hostel..punya serabut kepala otak nie..hmmm

alhamdulillah, da dapat rumah sewa..tapi transport nak pergi kuliah pula macam mana..sudah la jauh..tak payah nak mengeluh sangat la syafqa..bersyukur dapat rumah sewa tuh..

sudah la..malas nak fikir banyak2..esok nak siap2 masuk rumah sewa baru..nak kemas2 rumah sewa..malam nie, alhamdulillah masih ada tempat untuk melelapkan mata..dapat la merehatkan badan yang sakit2 turun naik tangga tingkat empat..

insyaAllah, semoga esok lebih baik dari hari ini.. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..
hmm..kat rumah pula banyak masalah sekarang nie..adik buat masalah kat sekolah dia..keluar asrama waktu malam tanpa kebenaran..kesian mama dan abah..kalau fqa kat rumah ringanlah sikit bebanan mama abah..yelah nak hantar dan ambil hakim sekolah lagi..nak uruskan segala kerja rumah..harap2 tak ada apa2 la...=(

6 July 2013

yeah..berhasil juga akhirnya

Assalamualaikum..

Macamana nie fqa buat comment box macam blog syara?..comel kot..rasa nak gigit-gigit je..geram!!*terserlah ke'jelous'an di situ..

banyak juga la fqa ber'googling untuk mencari tutorial comment box nie..da banyak kali buat tak jadi..so, malas la fqa nak buat lagi..memang hampir nak putus asa la..ceh konon!!

alhamdulillah, akhirnya setelah penat mengedit..

dan hasilnya berjaya!!..

klik pada gambar untuk tumbesaran

kalau korang tak percaya..sila la komen..boleh ke idok..cepat la komen..plezzz

korang boleh la tengok tutorialnya di sini


Marhaban ya Ramadan

Assalamualaikum

apa khabar korang?..semoga korang semua sihat walafiat dengan rahmat dan limpah kasih sayang daripada Allah SWT..
korang sudah bersedia ka untuk menghadapi bulan Ramadan?..ya..kita diwajibkan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan..korang perlu ingat bahawa berpuasa bukanlah bermaksud menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi juga menahan diri daripada segala perkara yang boleh merosakkan hati kita..dengan berpuasa kita dapat memdidik hati kita menjadi bersih dan taat kepada perintah Allah SWT

Rasulullah sendiri gembira setiap kali Ramadan tiba..Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan ramadan..Rasulullah SAW begitu gembira dan memperbanyakkan ibadat baginda..ketika bulan puasa berakhir, Rasulullah begitu sedih..

bagaimana dengan kita?..adakah kita juga berasa seperti itu?.

'Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orag sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (al-baqarah:183)

Selamat berpuasa!!

5 July 2013

FREEBIES DOODLE

Assalamualaikum..

hari ini fqa terajin nak buat freebies untuk korang..sesiapa yang nak ambil freebies ini dipersilakan..tapi jangan lupa komen dulu sebelum ambil tau..







p/s: jangan mengubah@ edit selain dari asal..dan setiap doodle yang terhasil adalah hak cipta terpelihara Syafqa Akmal..terima kasih singgah di sini..sayang korang..

4 July 2013

Nasha First Giveaway

Assalamualaikum..

klik banner untuk join..

tamat: 7 Julai 2013

 nak bagi pantun sikit:...
dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
banyak GA telah ku sertai,
harap yang ini boleh menang

2 July 2013

Kahwin Pada Usia Muda: Bahagia atau Derita

Assalamualaikum 


9 SEBAB KENAPA ANDA PERLU KAHWIN MUDA

Kahwin muda ? mak bapak beri kebenaran ke? antara topik hangat di kalangan remaja terutamanya yang sedang bercinta di luar sana tu. kahwin semasa muda sebenarnya adalah bagus tetapi mungkin ada yang tak setuju, Betul tak? ianya bergantunglah kepada induvidu terbabit dan juga keluarga mereka. Di sini terdapat beberapa sebab mengapa perlu kahwin muda?
Tuntutan Agama..
Berkahwin muda amatlah digalakkan di dalam agama islam. Kalau dah cukup syaratnya adalah amatlah disarankan berkahwin segera. Ianya adalah merupakan suatu ibadah dan diberikan pahala oleh Allah dengan niat yang ikhlas.
Menghindari zina..
Jika kita lihat tanggapan masyarakat sekarang yang beranggapan bahawa sudah berkerjaya dan mempunyai pekerjaan dan harta.. pendapat ni bukan boleh pakai sangat yang penting adalah perlu pandai menjaga diri dan bersedia untuk memikul tannggungjawab keluarga. Nilailah iman kita dan fikirkanlah sebaiknya kuat sangat ke nak tahan, sampai tua baru nak kahwin..
Tanggungjawab..
Dahulu anda tak begitu serius. Sekarang mesti dah serius. Maklumlah dah perlu pikul tanggungjawab dan anda rasa akan lebih bermotivasi dan melakukan sesuatu untuk keluarga dengan lebih prihatin contohnya belajar dan bekerja.
Ketenangan..
Betul ke? Ini bergantunglah kepada kurniaan Allah. Rata-rata pasangan yang saya jumpa berkahwin muda Mereka dilihat lebih tenang. Kebanyakkannya mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik dari sebelum mereka berkahwin semasa belajar. Tentu jiwa mereka lebih tenang sekarang.
Lebih Matang..
Ye lebih matang apa yang saya lihat setelah seseorang itu berkahwin perwatakannya akan berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu selalu menghabiskan waktu di luar sekarang sudah tentu bersama keuarganya dan cara pemikiran juga boleh berubah.
Perbaiki Diri..
Kalau dulu mungkin malas nak berjemaah tetapi kini mendirikan solat berjemaah bersama orang rumah apabila berkesempatan. Sifat-sifat juga akan cuba dikikis sedikit demi sedikit demi keluarga tersayang. Si isteri pula tentu akan menjadi rajin untuk kedapur menyiapkan santapan.
Anak..
Kalau kahwin awal insyaallah anak-anak akan dewasa dengan cepat sebelum kita mencapai usia emas. Jika dipanjangkan umur Sudah tentulah kita akan dapat berehat pada usia tua kerana pada waktu itu kebanyakan dari anak-anak kita telah bekerja.
Bahtera..
Kahwin muda pastilah lebih baik kerana ketika usia kita masih muda tentulah tenaga kita lebih kuat dan dapat memberi kepuasan kepada si isteri dengan lebih baik. Tahap kesuburan wanita pula adalah lebih baik di usia muda dan lebih mudah untuk menimang cahaya mata.
Murah Rezeki..
Biasanya masalah atau alasan yang utama ialah kewangan. Macam-macam yang melanda pemikiran kita tetapi yakinlah dan berpegang teguhlah kepadanya kerana pasti kesulitan itu akan dapat ditempuhi kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya dan pasti rezeki akan dimurahkan.

Pasti anda tertanya-tanya boleh ke kahwin awal. Apa-apa pun jawapannya terletak di bahu anda sendiri. Adakah anda sanggup untuk memikul tanggungjawab? Adakah anda sanggup untuk berubah. Jika keputusan anda adalah ‘ya’ berbincanglah dengan pihak keluarga kerana ianya sebenarnya membawa banyak kebaikan....

sumber:fb KahwinMudaJom