26 Mac 2012

cipta keikhlasan

hai korang semua..lama rasanya tak update blog nie..takda masa la..lagi2 hari nie paper killer segala killer iaitu faraid..aduh memang sakit kepala la nak buat..tak tahu dapat score bape..tak dapat langsung nak target markah berapa..takut la..hoho...

takpe yang penting ikhlas..kita belajar, ulangkaji bukan sebab nak exam je..tapi untuk ilmu kita gunakan sepanjang hidup kita nanti..ikhlaskan hati oke..korang pon ikhlaskan hati taw baca entry ambe kali nie..even tak masuk exam pon..tapi sebagai panduan hidup ek..

oke hari nie ambe nak share satu story yang ambe baca dalam sebuah buku nie..tak ingat la tajuk dia pa..baca taw..lepas tuh korang komen apa yang korang faham kat ruangan komen atas nie ye..hehe..

cekidaut..

*******

Di tepi sebuah pantai ada banyak tapak sulaiman yang terdampar di bawa arus ombak..seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut bagi memastikan ia terus hidup..seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata

"Buat apa kamu campak ke laut?..kamu tidak akan mampu mencampakkan semuanya ke laut..ada beribu-ribu. buat penat kamu sahaja.."

Anak kecil itu terus tekun dengan kerjanya sebelum memandangkan lelaki tua itu..

"Memang saya tidak mampu, tetapi setidak-tidaknya perbuatan saya itu bermakna kepada seekor tapak sulaiman ini.." kata anak kecil itu sambil mencampakkan tapak sulaiman di tangannya ke laut..

Itulah hidup kita sebagai manusia, memanglah kita tidak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak dapat berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan dalam hati  bagi meneruskan membuat kebaikan.setidak-tidaknya akan ada seseorang yang melihat tindakan kita itu bererti kita kepada dirinya..

*******

Perkara yang kecil mampu memberi impak yang besar..if u believe on it and IKHLAS semata-mata mengharapkan keredaan Ilahi bukan meraih pujian manusia..

23 Mac 2012

hidup yang penuh dengan godaan



Ya Allah
janganlah Kau palingkan hati kami
setelah Kau memberi petunjuk kepada kami
kuatkan hati kami dan iman kami
agar terus beristiqamah

Ya Allah
tetapkanlah iman kami
kuatkanlah hati kami
untuk menghadapi dunia 
penuh cabaran dan dugaan ini
amin ya roball alamin..

21 Mac 2012

MINI GIVEAWAY BY MANJA( I’m Limited Edition)



WHAT I THINK I'M LIMITED ADITION...
kerana ambe rasa ambe memang seorang yang banyak cakap..asyik nak cakap je..rasanya semua orang da kenal ambe kot walaupun ambe nie tak la femes mana..hehehe..sampaikan lecture panggil ambe hyper active..sebab tuh la ambe rasa ambe nie limited adition..lagi ambe suka study last minute nie time exam la..sedang orang lain sibuk study ambe boleh lagi layan blog, main game, tengok hindustan..tapi result ambe selalu mantap...kawan ambe pon naik pelik da..hehehe..limited adition la tuh kan..lagi satu yang terakhir nie, 9 April tuh kebetulan birthday ambe taw..mana lah tahu boleh dapat special gift tuh kan..that why i think i'm limited adition..korang ada ke?..

LINK FB

HADIAH YANG BERKENAN DI HATI
1st
Hot Slim Purse colour yellow green

2nd
Ohsemm Purse by Bag Aholic

3th
Avon Limited Edition Oversized Clutch

oke la..kalau korang nak join gak tekan nie..hadiah boleh pilih taw..semoga berjaya..
first time join GA nie..harap2 boleh menang..

cerita kami..



ai selamat malam korang semua..thank sudi singgah membaca entry yang ntah pape nie kan..hehehe
oke..memandangkan hari nie diploma syariah tahun 3 takda paper..kitorang sebagai ahli AJK program Kem Astronomi..pe ntah nama singkatannye..ambe lupa la..hehehe..kena pergi ke SUK untuk selesaikan kerja2 yang tak siap lagi pasal program tuh..tapi bukan buat pape pon pergi sana..just tunjukkan muka je..hehehe..tak sampai sejam pon kat sana kitorang da balik..
oke la takda pape pon nak cerita..tengok gambar jela...

abaikan muka ambe yang sengaja lipat bulat tuh..comel kak umi ngan kak ulah..

 time nie da lipat comel2..tapi tak nampak muka penuh plak..takpe janji smile...

nie la kak ulah..die terlebih smile la..hehehe..kiiut kann..

amin ngan syazrie tolak kereta sape ntah tuh..tibe2 block jalan..nak kuarkan kereta pon tak boleh..
gambar curik nie..hehehe..jaat kan ambe..


mood: paper fiqh muqaran besok..tapi satu habuk tak baca lagi..wink2..

19 Mac 2012

pesanan buat mata...


Huarghhhh..mengantuknya malam nie..petang tadi kan tidur wahai mata..jangan la mengantuk sangat malam nie..kan tuan badan ada exam esok pagi..awak pon kan tahu tuan awak nie langsung tak study lagi subjek Tayarat Al-Fikriah al-mausyirah..kalau awak nak pejam sangat tunggu la tuan awak nie habis study dulu..nie tak nak buka pon rasa malas sangat..bertimbang la rasa sikit..mana taknya, studynye xsampai 5 minit..tapi TERtidurnye dekat 1 jam..adoi...gawat2..

tapi tuh time stdy la..bila ambe online tak pula mata nie buat perangai..amboi pandai ek memilih mata ambe nie..teruih cerah mata nie tengok notification banyak kat fb ambe..kenapa la ekk..

korang tahu tak apa rahsia mata wanita?..ha..nak tahu tak..kalau nak tahu baca info nie..

saiz mata kecil
peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan..lelaki boleh jagi kelam kabut sebab mulutnya..bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya..bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tak pernah puas..boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendaknya..
  
saiz mata sedang
sederhana, tak banyak berahsia, ada pertimbangan, tanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami..

saiz mata lebar
cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa berfikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa..tapi boleh setia..nafsu syahwat tinggi..

mata selalu berkedip
pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar..wanita ini baik..

mata jarang berkedip
wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan..

mata cengkung
kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang dan bila awak susah dia tidak peduli..

mata redup
wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tak tetap, banyak kenalan, kurang sahabat, mengumpat, mencemuh dan pemarah..

mata seolah2 tersembul keluar
sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata..tapi mungkin tak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tak puaskan nafsu syahwatnya..

firasat ini hanya sekadar menambah pengetahuan mengenai rahsia pusaka nenek moyang kita dulu yang kaya dengan pelbagai tilikan tentang insan bergelar wanita..sejauh mana kebenaran tidak diketahui..mungkin sekadar kebetulan semata2..

 

p/s: bertahan la mta..kembali sambung study...stadoooo..o_0

16 Mac 2012

Tiada lagi cinta...♥

 
Bila kita baru2 masuk alam percintaan..tempoh sebual dua tuh memang kita rasa hangatnya percintaan..bila da masuk setahun..dua tahun..3 4 5 tahun..kita jadi konfius..
Dah hidup bersama 3 4 5 tahun..buat semua benda bersama..kita bergantung pada dia..dia pon bergantung pada kita..bila dia tak ada kita rasa susahnya hidup..nak buat tuh susah..nak buat nie pon susah..

 

Sampai satu ketika..bila tiba masa untuk kita terpaksa berjauhan..bila kita belajar untuk hanya bergantung kepada diri sendiri..kita tak boleh lagi mengharapkan dia sentiasa ada untuk tolong kita..tak ada pun rasa nak mati kalau dia tak ada..kita rasa tak ada apa yang kurang..rasa macam boleh je hidup kalau dia tak ada..

Apakah tanda di sebalik semua ini?..adakah perasaan yang disangka cinta selama ini rupanya bukan?..atau mungkinkah rasa yang selama ini dirasakan tak lebih dari memerlukan?..contohnya, orang yang dah berumah tangga 7-8 tahun..anak pula ramai..suami tuh memerlukan isteri dia untuk menjaga anak yang ramai..

Tapi, in the same time..suami falling in love dekat orang lain..dah mula kurang pedulikan isteri sendiri..tapi tak bercerai..sebabnya fikirkan keperluan anak2..sebabnya perlukan isteri untuk jaga anak2..

So, di sini yang wujud hanyalah memerlukan..bukan lagi cinta..faham tak?..

 

p/s:
macam mana nak tau hati kita tuh masih lagi cinta..atau kita just stay together sebab kita perlukan dia..

15 Mac 2012

13 Alasan Wanita Enggan Menutup Aurat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sesiapa yang sudi singgah bace kat blog usang nih..

Alhamdulillah dalam kesibukan ambe mengulangkaji pelajaran untuk exam final esok lusa yang akan berlangsung nie..ambe nak share kat korang 13 alasan wanita enggan menutup kepala..kenapa ek..korang pernah terfikir tak kenapa?..kadang2 alasan dorang nie tak masuk akal langsung..

okey fullstop..ambe pon malas nak menaip banyak sangat..penat2..huhu..jom kita baca sama2 ek..mana yang baik jadikan tauladan dan yang buruk tuh tohok jah dalam sungai wang..hehehe..=)
 


1. 
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. 
Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. 
Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. 
Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. 
Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. 
Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. 
Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.


-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. 
Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. 
Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. 
Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. 
Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. 
Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

 
p/s:
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

12 Mac 2012

::Jom stUdy::



..salam minggu study..

..minggu depan da start final exam..

..good luck untuk kawan2 seperjuangan..


belajar..belajar..belajar

tapi kenapa ye tak masuk2 gak dalam kepala even study sepanjang malam sampai lebam..

kenapa ek?..

okey la..miss nak bagi tip2 yang boleh mendatangkan kontervesi konsentrasi untuk study



ikhlas dan doa adalah usaha
sebelum kita mulakan study yang penting kita kena betulkan niat kita dulu..jangan hanya study untuk exam..tapi study untuk kegunaan sepanjang hidup kita..mulakan study dengan berdoa semoga dilapangkan dada untuk memahami ilmuNya..amin


waktu yang sesuai
lain orang lain caranya..ada orang lebih selesa study lepas waktu subuh..ada orang pula lebih suka study semasa semua orang ngah tidur berdenggur..stay up la kata kan..


suasana persekitaran
kalau tak boleh study dalam suasana bising, jangan la duk nepek study depan televisyen..belajarlah kat dalam bilik ataupun nak lebih selamat pergi naik library..duduk la kat dalam tuh sampai lebam..tapi jangan pula pergi duk online ye..

study group
bagus gak belajar melalui study group nie..kita dapat bertukar pendapat masing2 mengenai sesuatu perkara..sekali gus membuatkan kita faham tentang perkara tersebut..kadang2 kita akan teringat apa yang partner study group bincangkan dalam paper.. betul tak?

nota ringkas
buat nota yang ringkas sebagai rumusan topik2 yang diulangkaji..selain dapat memudahkan mengingati fakta, ia juga dapat mengelakkan kebosanan mengadap buku2 yang tebal2 tuh..nota ringkas penting di saat2 akhir sebelum exam..

take five
jangan terlalu memaksa kalau da tak boleh nak tumpukan perhatian..ambil masa sekejap untuk bancuh milo tak pon kopi kan dah cukup untuk hilangkan mengantuk..lakukan renggangan atau sebarang aktiviti yang boleh menyegarkan semula..tapi take five jangan lebih2..

oke la mungkin ini je yang sya nak share dengan korang..bagi yang nak exam final tuh gud lak taw..

jom study!!



6 Mac 2012

masa semakin suntuk

hyep..sudah lama tak update blog nie..kalau labah-labah ada nie gerenti sudah bersawang blog ambe nie..baik tak payah ada spider..al maklum la ambe nie bukannya rajin sangat nak mengemas..hoho..

arghhhh!!!!masa semakin suntuk..sempat ke tak nie???

hari khamis ini kena submit keseluruhan tesis kat penyelia masing-masing..ambe plak kurang siap sangat.. tapi tinggal edit jela..alhamdulillah..insyaAllah boleh ambe siapkan sebelum khamis nie..esok ambe nak submit bab pertama sampai bab tiga..mintak-mintak tak kena tolak la...tak da masa da nie..masa semakin suntuk!!!!

ha..al-Quran juzuk 6 lagi tak habis tasmik lagi..tinggal 3 muka surat je la lagi..go go syafiqah akmal!!..tadi memang tak sangka ambe boleh tasmik kat ustaz mad  5 muka surat sekali gus..bravo la..haha..bangga diri la plak..sempat lagi ke ambe nak tasmik 3 muka surat esok nie..da la esok last tasmik...adoi...





bukan buat kerja sangat pon..tengok citer korea je lebih..hehehe
p/s:
tuh la lain kali jangan la suka sangat buat kerja last minit..kan da susah..