28 April 2018

Lirik lagu HASRITA by Tajul

Assalamualaikum. 

Korang tahu tak Tajul dah keluar lagu baru. "HASRITA" tajuknya. Itu pon Kakfqa selalu layan mood jiwang kat youtube. Ehh terjumpa laa pulak. 

Malas nak cakap banyak. Jom layannnnn



hasrita anggunnya wajah mu
oh seindah nama mu

pabila kita tak bertemu
seakan gugur jantungku

hasrita gadis yang ku rindu
datanglah kepada ku
ingin ku cerita pada mu
detik mula kita bertemu

c/o
ku dekati diri mu
dan bertanyakan nama mu
kau tersipu tunduk malu
hasrita nama mu

ku tahu kau dan aku
punya getaran yang sama
mungkinkah ini yang di kata cinta

secantik cantik gadis yang ku temu
tak secantik ayu kau ku rindu oo
setinggi tingi langit harapan ku
seluas luas laut impian ku ooo
oh tuhan lindungi cinta kita

ku dekati diri mu
dan bertanyakan nama mu
kau tersipu tunduk malu
hasrita nama mu

ku tahu kau dan aku
punya getaran yang sama
mungkinkah ini yang di kata cinta

secantik cantik gadis yang ku temu
tak secantik ayu kau ku rindu oo
setinggi tingi langit harapan ku
seluas luas laut impian ku ooo

setia pada ku hasrita 
cinta ku hanya untuk hasrita


26 April 2018

Raikan Anniversary di .........

Assalamualaikum

Korang buntu mencari tempat untuk meraikan ulang tahun yang akan tiba tak lama lagi?. Harapan kamu agar dapat mencipta satu suasana yang romantik dan akan diingati sampai bila-bila. Paling penting korang tidak terlebih buget. 
Jangan risau, Kakfiqa akan berikan korang idea.

1. Berkelah.
Hasil carian imej untuk picnic couple gif
Carilah tempat-tempat peranginan atau kawasan perkelahan yang paling berdekatan untuk menghabiskan masa dengan si dia. kamu juga boleh memasakkan something yang istimewa buat si dia. pasti hari anniversary kali ini akan menjadi saat yang paling mengembirakan kamu dan si dia.

2. Berkaraoke
Hasil carian imej untuk caraoke duet gif
Bagi kamu yang suka menyanyi, pusat  karaoke adalah tempat paling sesuai untuk kamu kunjungi untuk meraikan ulang tahun. Tak perlu tempat yang mahal-mahal kerana apa yang penting kamu dan si dia gembira. mahu lebih romantis pastikan pada malam itu kamu dan si dia menyanyikan lagu duet bersama-sama.

3. Di rumah
Hasil carian imej untuk romantic dinner gif
Tempat paling popular meraikan ulang tahun adalah di restoran. Sambil menikmati makan maam yang romantis pastinya menjadi impian setiap orang. Namun andai kamu inginkan kelainan ciptakan suasana restoran di kediaman kamu. Letakkan meja makan dan hiaskan meja makan ala-ala restoran mewah. Kemudian nikmati makan malam kamu dengan si dia berteman lagu romantik.

4. Menonton wayang. 
Hasil carian imej untuk cinema couple gif
Aktiviti menonton wayang sememangnya aktiviti yang sering dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin. Sekiranya mahu kelainan, cipta panggung wayang sendiri iaitu dengan mengeluarkan TV dan sistem bunyi di luar rumah. Sediakan sedikit makanan ringan dan popcorn. Sudah pasti kamu berdua akan mengingati saat ini sampai bila-bila.

Haa, macam mana dapat tak bantu korang?. kalau ada idea lagi best jangan lupa kongsi dengan Kakfqa ye. Babai gudbye !