26 Mac 2012

cipta keikhlasan

hai korang semua..lama rasanya tak update blog nie..takda masa la..lagi2 hari nie paper killer segala killer iaitu faraid..aduh memang sakit kepala la nak buat..tak tahu dapat score bape..tak dapat langsung nak target markah berapa..takut la..hoho...

takpe yang penting ikhlas..kita belajar, ulangkaji bukan sebab nak exam je..tapi untuk ilmu kita gunakan sepanjang hidup kita nanti..ikhlaskan hati oke..korang pon ikhlaskan hati taw baca entry ambe kali nie..even tak masuk exam pon..tapi sebagai panduan hidup ek..

oke hari nie ambe nak share satu story yang ambe baca dalam sebuah buku nie..tak ingat la tajuk dia pa..baca taw..lepas tuh korang komen apa yang korang faham kat ruangan komen atas nie ye..hehe..

cekidaut..

*******

Di tepi sebuah pantai ada banyak tapak sulaiman yang terdampar di bawa arus ombak..seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut bagi memastikan ia terus hidup..seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata

"Buat apa kamu campak ke laut?..kamu tidak akan mampu mencampakkan semuanya ke laut..ada beribu-ribu. buat penat kamu sahaja.."

Anak kecil itu terus tekun dengan kerjanya sebelum memandangkan lelaki tua itu..

"Memang saya tidak mampu, tetapi setidak-tidaknya perbuatan saya itu bermakna kepada seekor tapak sulaiman ini.." kata anak kecil itu sambil mencampakkan tapak sulaiman di tangannya ke laut..

Itulah hidup kita sebagai manusia, memanglah kita tidak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak dapat berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan dalam hati  bagi meneruskan membuat kebaikan.setidak-tidaknya akan ada seseorang yang melihat tindakan kita itu bererti kita kepada dirinya..

*******

Perkara yang kecil mampu memberi impak yang besar..if u believe on it and IKHLAS semata-mata mengharapkan keredaan Ilahi bukan meraih pujian manusia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila la komen..