fuh..rindunya kat dia..apakah yang perlu dibuat kalau rindu kat seseorang?..adoi..yang paling sedih plak..bile kita tahu orang tuh tak rindukan kita pon..huhu
Jika rindukan someone, pejamkanlah mata dan ucapkan:
"Ya Allah, aku merinduinya keranaMu Ya Allah..Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu..Aku semakin mengerti 'JARAK' ini bukan untuk menghukumkku, tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih daripada segalanya..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi..
Dengan jarak ini juga aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s: Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia..
ungkapan ini bukan saja untuk pasangan suami isteri taw..tapi juga kepada sahabat2 yang kita sayangi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila la komen..