19 Mac 2012

pesanan buat mata...


Huarghhhh..mengantuknya malam nie..petang tadi kan tidur wahai mata..jangan la mengantuk sangat malam nie..kan tuan badan ada exam esok pagi..awak pon kan tahu tuan awak nie langsung tak study lagi subjek Tayarat Al-Fikriah al-mausyirah..kalau awak nak pejam sangat tunggu la tuan awak nie habis study dulu..nie tak nak buka pon rasa malas sangat..bertimbang la rasa sikit..mana taknya, studynye xsampai 5 minit..tapi TERtidurnye dekat 1 jam..adoi...gawat2..

tapi tuh time stdy la..bila ambe online tak pula mata nie buat perangai..amboi pandai ek memilih mata ambe nie..teruih cerah mata nie tengok notification banyak kat fb ambe..kenapa la ekk..

korang tahu tak apa rahsia mata wanita?..ha..nak tahu tak..kalau nak tahu baca info nie..

saiz mata kecil
peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan..lelaki boleh jagi kelam kabut sebab mulutnya..bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya..bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tak pernah puas..boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendaknya..
  
saiz mata sedang
sederhana, tak banyak berahsia, ada pertimbangan, tanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami..

saiz mata lebar
cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa berfikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa..tapi boleh setia..nafsu syahwat tinggi..

mata selalu berkedip
pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar..wanita ini baik..

mata jarang berkedip
wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan..

mata cengkung
kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang dan bila awak susah dia tidak peduli..

mata redup
wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tak tetap, banyak kenalan, kurang sahabat, mengumpat, mencemuh dan pemarah..

mata seolah2 tersembul keluar
sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata..tapi mungkin tak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tak puaskan nafsu syahwatnya..

firasat ini hanya sekadar menambah pengetahuan mengenai rahsia pusaka nenek moyang kita dulu yang kaya dengan pelbagai tilikan tentang insan bergelar wanita..sejauh mana kebenaran tidak diketahui..mungkin sekadar kebetulan semata2..

 

p/s: bertahan la mta..kembali sambung study...stadoooo..o_0

3 ulasan:

  1. byk nye mate2. kalo matematik cmne lak.hehe

    BalasPadam
  2. zaza xpasti la mata zaza ni jenis yg mana...

    BalasPadam
  3. fqa pon xtaw gak..tapi yang pasti mata fqa mata suka tidur..hehehe

    BalasPadam

sila la komen..