oke, kali nie ambe nak share kisah pendek mengenai KISAH PENSIL & PEMADAM. semoga kisah nie mampu memberi pengajaran kepada kita..maaf la kalau sudah pernah baca di mana2 entry..ambe sekadar perkongsian untuk rakan2 yang tak pernah baca lagi..
ingat..baca dengan penghayatan tahu supaya semua intipati kisah nie meresap jauh ke dalam hati korang..bertuahlah kepada sesiapa yang mempunyai "dia" atau "mereka".
************
PENSIL:
saya minta maaf..
PEMADAM:
kenapa?..awak tak buat salah apa2..
PENSIL:
saya minta maaf kerana kesakitan kamu disebabkan saya..setiap kali saya melakukan kesalahan, awak selalu ada untuk memadamkannya..tetapi setiap kali awak menghilangkan kesalahan saya, awak akan kehilangan sebahagian daripada dari awak sendiri..awak menjadi semakin kecil dan semakin kecil setiap masa..
PEMADAM:
betul tuh..tapi saya tak kesah..awak lihat, saya memang diciptakan untuk melakukan benda nie..saya dibuat untuk membantu awak ketika awak melakukan sesuatu yang salah..walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya akan pergi dan awak mengantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya..jadi tolonglah berhenti bimbang..saya tak suka melihat kamu sedih..
pengajaran:
ibu bapa diumpamakan seperti pemadam manakala anak mereka pula sebagai pensil..mereka selalu ada untuk anak2 mereka..kadang2 dalam masa yang sama mereka terluka dan menjadi lebih tua dan akhirnya berlalu pergi..walaupun anak2 mereka akhirnya berjumpa dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak2 mereka dan tak suka melihat anak2 mereka dalam keadaan bimbang atau sedih..namun ibu bapa kita semkin tua dan semakin tua setiap hari..suatu hari nanti, semua yang kita akan tinggalkan akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang biasa kita ada..
..jika kita tak mampu menjadi sebatang pensil untuk menulis kebahagian kepada orang lain..
..cubalah menjadi pemadam lembut yang mampu menghilangkan kesedihan orang lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila la komen..