24 Disember 2013

Luahan Perassan Seorang Anak

Assalamualaikum..

Semalam keputusan Final Exam untuk semester 5 sudah keluar..tapi masa tu memang line student portal asyik loading jela..semalaman tak tidur tunggu nak jawab soalan dalam portal tu..penat letih..dalam pukul 8 pagi baru boleh download result..berdebaq la weh..dap dip dup kot jantung nie..Alhamdulillah lepas je keluar adobe reader tu..subjek yang mula2 aku tengok ialah PANEL CODE..cuak kot..bagi aku tak susah mana pon subjek tu..tapi disebabkan ada salah faham masa peperiksaan dalam dewan..aku dituduh cubaan meniru..ye cubaan meniru!!..memang gileq la..tapi bukan salah aku pon..sebenarnya untuk subjek PC nie dibenarkan membawa buku enakmen..sesiapa yang amek undang-undang tahu la buku nie macamana kan..buku enakmen tu pula buku senior kawan aku..aku pinjam je dan sebelum masuk dewan aku da periksa kalau2 ada nota yang dia tulis dalam buku tu dan memang tak ada nota sebab aku da padam semua..tapi bila pengawas peperiksaan periksa buku tu ada juga nota tak dipadam lagi..nasib baik dia tak halau keluar dan terus jawab soalan..tak sampai seminggu lepas tu sampai surat dari kolej sebab meniru dalam peperiksaan..mama marah sangat kat aku..bila aku cerita tak pernah nak dengar elok-elok..

bila aku dapat tengok result aku terus bagitahu mama..aku bangga dengan result yang aku dapat..aku dapat 3.*3 je..tapi bagi aku result tu tinggi bagi kawan-kawan aku yang kebanyakannya dapat 3.0 pointer ke bawah..tapi bila aku bagi tahu mama..mama cakap "itu ke paling tinggi?..kenapa tak boleh dapat lebih baik?..itu la banyak main je..."Ya Allah betapa hancurnya hati nie bila mama cakap macamtu..kenapa mama tak penah nak sokong aku..apa yang aku buat semua salah..ye..aku tahu..aku tak sepandai adik beradik aku yang lain..dorang pandai..result pon selalu gempak..selalu dapat anugerah..mama pon tak malu nak mengaku dorang anak mama..dorang nak apa-apa selalu mama bagi..kalau aku jangan harap la, asyik cakap menghabiskan duit mama je..sebab tu aku lebih senang usahakan sendiri daripada meminta dari mama..
aku bukan berniat nak burukkan mama..tapi aku juga ada perasaan,,jangan la suka bandingkan kami adik beradik..setiap anak ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..tiada manusia di dunia ini mempunyai kebolehan dan perwatakan yang sama..sepatutnya istilah perbandingan yang adil sepatutnya tak ada sebab setiap kanak-kanak atau orang dewasa melalui perjalanan hidup dan cabaran berbeza..aku sayang mama..tapi macamana aku nak tunjukkan perasaan tu kalau mama sentiasa rendahkan diri aku depan adik beradik aku..
p/s: sekarang nie tak ada mood..so jangan ganggu aku

2 ulasan:

  1. La Tahzan, sy pun pernah alami situasi macam ni. :)
    Sabar ye, tak nak sedih2 ~

    BalasPadam
  2. Bersabarlah kakak... Mungkin mama cakap begitu sebab dia nak kakak dapat yang terbaik dan usahakan untuk jadi yang terbaik.. Mungkin mama nak suruh kakak bersaing untuk buktikan kakak boleh jadi yang TERBAIK!! Ya? Bersangka baik ya.. Saya pun pernah lalui situasi begini.. Tapi pasti ada sebabnya... :)

    BalasPadam

sila la komen..