26 Januari 2012

Cantik vs Duit: Jangan Memilih

Assalamualaikum dan salam satu dunia!..wee

agak2 baca tajuk entri atas nie apalah yang nak dikatakan si blogger yang agak nerd nie..nerd ke??huahua..cinta?..haa...pasal cinta la..mai cheq nak habaq mai...pengaruh kawan kedah nie..

Apa ciri2 wanita/ lelaki idaman korang zaman sekarang?..


Lelaki: Nak yang cantik, pandai, low profile..
betul ke?..tipu la kalo korang kata salah..cantik tuh jadi number 1 sekarang..orang kata susah nak cari lelaki yang tengok hati dulu..love at first sight..apa yang korang tengok..semestinya paras rupa kan..cantik hati tuh jadi yang number 2 lak..betul x?..


Wanita: Nak yang baik, jujur, ikhlas, setia..
Betul x?.. tapi realitinya itu semua tak cukup lagi..ada pakej lain yang belum cukup..ada kerja best, ada kereta dan yang paling penting poket berisi..betul tak?..tak payah la nak cakap salah sebabnya da memang realitinya pon..fqa pon pernah rasa camtuh..hehehe

Tapi bila direnung dan difikirkan balik..sampai mana cantik dan duit tuh pergi?..sampai bila boleh kekal cantik tuh cik abang oi..10 tahun, 20 tahun, 50tahun?..nak yang seksi mengancam?..kenapa?..nak rasa bangga orang puji2 je?.."hebat la ko dapat awek cantik"..habis orang gemok macam ________ sampai tua la kempunan nak kawen..

Yang wanita lak nak yang pakai kereta bagai..kenapa?..senang nak keluar dating ek?..ape barang nak motor..pakai cun tapi naik motor Honda Cup..hehe..jangan marah yang kakak2 sayang..tapi itulah realiti hari ini..kalau semua nak doktor, siapa plak nak pok getoh..ye tak?..

Taraf dan wang, rupa dan cantik tuh tak akan kemana2 la..sebab Allah da tentukan semuanya sejak azali lagi..cantik tuh realitif dan sangat subjektif..beauty is in the eye of the beholder..bukankah begitu?..citarasa manusia tentang cantik tak sama..malah berubah2 mengikut masa dan keadaan..tapi yang baik tuh mutlak dan kekal..kecantikan wanita tak sama tafsirannya..

Maaf andai entri yang dicoretkan ini mengguris mana2 pihak..ini sebagai renungan bersama dan peringatan kepada diri fqa sendiri..jangan terlalu memilih taw..yang baik datang dari Allah dan yang buruk tuh dari kelemahan diri fqa sendiri..


nota kaki:
Sayang dan cinta banyak berlandaskan nafsu..sebab ia datang dari nafsu..jangan biarkan nafsu menguasai jiwa..tapi sentiasalah berdoa agar rasa sayang dan cinta sentiasa berada dalam rahmat dan keredaanNya..kerana cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada Allah..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila la komen..