5 Jun 2021

Tiup Habuk. Fuhhhh


Fuh Fuh Fuh. Tiup habuk sikit. Sudah bersawang blog ni.


Kali terakhir buka blog ni pun dua tiga bulan lepas. Itu pun dah beberapa kali dok ingat-ingat lupa apa la password email blog ni. Almaklum lah dah berabad tak login. Email pon dah bertukar lebih proper sikit. Takda la nak email konon-konon comel, ejaan entah apa-apa kan. Buat malu je nak bagi email tu kat orang bila dah kerja ni. So, terpaksa la buat email baru ye.


Sebagai permulaan ni, InsyaAllah takda pape pon nak kongsi. Eh, ada lagi ke orang layan blog sekarang? Entah la, kalau dulu ramai giler kot blogger. Eh lupa pulak sekarang orang dah tak main blog ler. Budak- budak sekarang lebih seronok bertiktokers dengan instafames bagai tu. Kak Fqa tak reti la semua benda tu. Bukan apa umur dah masuk tigapuluh ni memang susah kot nak cepat tangkap benda alah macamtu. Siapa geng sila angkat kening!!!


Mungkin blog ni Kak Fqa akan kongsikan apa-apa je yang menarik, tertarik dan kau memang debom. *tautaklaguni*. Iyelah dah tua ni takda kawan member nak kongsi cerita suka duka, tawa riang, gelak ketawa. Pendengar setia Kak Fqa sorang tu jela Abang Najib tu ha yang setia melayan perangai giler mood swing Kak Fqa. Kalau tak gaduh tak sah kot. Nak bermanja dengan anak, anak pulak takda lagi walaupun dah 6 tahun berkahwin. So manja dengan suami jela. Korang doakan Kak Fqa cepat-cepat dapat baby comel 111macam korang ye. Aaminn.


Semoga seketul Kak Fqa rajin nak update blog mulai sekarang.

Byebye, Love u baby

28 April 2018

Lirik lagu HASRITA by Tajul

Assalamualaikum. 

Korang tahu tak Tajul dah keluar lagu baru. "HASRITA" tajuknya. Itu pon Kakfqa selalu layan mood jiwang kat youtube. Ehh terjumpa laa pulak. 

Malas nak cakap banyak. Jom layannnnn



hasrita anggunnya wajah mu
oh seindah nama mu

pabila kita tak bertemu
seakan gugur jantungku

hasrita gadis yang ku rindu
datanglah kepada ku
ingin ku cerita pada mu
detik mula kita bertemu

c/o
ku dekati diri mu
dan bertanyakan nama mu
kau tersipu tunduk malu
hasrita nama mu

ku tahu kau dan aku
punya getaran yang sama
mungkinkah ini yang di kata cinta

secantik cantik gadis yang ku temu
tak secantik ayu kau ku rindu oo
setinggi tingi langit harapan ku
seluas luas laut impian ku ooo
oh tuhan lindungi cinta kita

ku dekati diri mu
dan bertanyakan nama mu
kau tersipu tunduk malu
hasrita nama mu

ku tahu kau dan aku
punya getaran yang sama
mungkinkah ini yang di kata cinta

secantik cantik gadis yang ku temu
tak secantik ayu kau ku rindu oo
setinggi tingi langit harapan ku
seluas luas laut impian ku ooo

setia pada ku hasrita 
cinta ku hanya untuk hasrita


26 April 2018

Raikan Anniversary di .........

Assalamualaikum

Korang buntu mencari tempat untuk meraikan ulang tahun yang akan tiba tak lama lagi?. Harapan kamu agar dapat mencipta satu suasana yang romantik dan akan diingati sampai bila-bila. Paling penting korang tidak terlebih buget. 
Jangan risau, Kakfiqa akan berikan korang idea.

1. Berkelah.
Hasil carian imej untuk picnic couple gif
Carilah tempat-tempat peranginan atau kawasan perkelahan yang paling berdekatan untuk menghabiskan masa dengan si dia. kamu juga boleh memasakkan something yang istimewa buat si dia. pasti hari anniversary kali ini akan menjadi saat yang paling mengembirakan kamu dan si dia.

2. Berkaraoke
Hasil carian imej untuk caraoke duet gif
Bagi kamu yang suka menyanyi, pusat  karaoke adalah tempat paling sesuai untuk kamu kunjungi untuk meraikan ulang tahun. Tak perlu tempat yang mahal-mahal kerana apa yang penting kamu dan si dia gembira. mahu lebih romantis pastikan pada malam itu kamu dan si dia menyanyikan lagu duet bersama-sama.

3. Di rumah
Hasil carian imej untuk romantic dinner gif
Tempat paling popular meraikan ulang tahun adalah di restoran. Sambil menikmati makan maam yang romantis pastinya menjadi impian setiap orang. Namun andai kamu inginkan kelainan ciptakan suasana restoran di kediaman kamu. Letakkan meja makan dan hiaskan meja makan ala-ala restoran mewah. Kemudian nikmati makan malam kamu dengan si dia berteman lagu romantik.

4. Menonton wayang. 
Hasil carian imej untuk cinema couple gif
Aktiviti menonton wayang sememangnya aktiviti yang sering dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin. Sekiranya mahu kelainan, cipta panggung wayang sendiri iaitu dengan mengeluarkan TV dan sistem bunyi di luar rumah. Sediakan sedikit makanan ringan dan popcorn. Sudah pasti kamu berdua akan mengingati saat ini sampai bila-bila.

Haa, macam mana dapat tak bantu korang?. kalau ada idea lagi best jangan lupa kongsi dengan Kakfqa ye. Babai gudbye !


9 November 2017

Suamiku Kontraktor Je

Assalamualaikum.

Image result for cute contractor

Siapa yang bercinta dengan kontraktor atau bekerja sendiri memang hati kuat. Tak berWhatsapp, tak call dan tak berhubung sampai seminggu paling koman. Masa kerja diorang memang pack, padat! Tapi bila ada cuti, masa itu jelah diorang tidur. Apatah lagi kalau nak keluar berdating bagai.

Ye, Fqa faham sebab suami aku seorang kontraktor yang bekerja sendiri. Even dah kawin sekarang ni pun kalau ada on call tengah malam, sampai ke malam esok la baru jumpa bini dia ni.

Normal la kan kadang-kadang Fqa menggedik nak kan perhatian suami. Almaklumlah balik kerja dah lewat. Siap mandi, makan dan suami terus tidur. Esok paginya pula pergi kerja lagi awal dari orang kerja pejabat.

Tapi kalau dapat pergi pasar malam pun dah melonjak sampai ke langit.

Bagi mereka yang selalu cakap, "Suami dia kerja kontraktor la. Tapi aku tengok selalu macam tak ada duit."

Walaweh, meh nak luku sikit. Diorang kalau tak kerja tak ada la duit. Lagipun suami selalu lebihkan pekerja dia dulu sebelum dirinya. Cuba bayangkan, tengah malam tiba-tiba dapat call, anak demam apa, suami segera tolong bawak pergi hospital. belum lagi bagi duit tepi apa. Ya Allah, murahkanlah rezeki suamiku. Lain la awak tu, duduk kerja gomen boleh la cakap bukan-bukan, cukup bulan dapat gaji.

Alhamdulillah, rezeki tetap murah. Doakan kami cepat dapat rezeki anak pula ye.

Image result for cactus transparent
Isteri Kontrakror,
FqaAkmal

5 Jun 2017

Saya Kembali.....

Assalamualaikum.
Fuh! Fuh! Tiup habuk sikit. Habis bersawang blog ni.
Lama betul aku tak menulis. Bukan tak mahu menulis, membebel, merepek meraban. Tapi tiada idea la nak mengayat tu entah kemana.
Insya Allah mulai sekarang aku akan cuba menulis kat sini. Meluahkan perasaan. Sebab aku tahu tak akan adanya orang yang baca.
Selamat berpuasa semua.

24 April 2015

My E-Day

Assalamualaikum...

23 Mac 2015, Sabtu, Fqa telah officially menjadi tunangan orang..yeayy!!!

nak belanja sikit je..sebab buat majlis pon kecil-kecilan je..



cukup sebulan sudah Fqa menjadi tunang encik Najib..dan lagi sebulan lebih kami akan bergelar suami isteri.. Insya Allah doakan kami semoga kekal hingga ke Jannah..

22 Disember 2014

Result Sem Lepas

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah dekat sebulan cuti sambil menternak lemak badan di rumah..baru habis exam la katakan..actually result exam semester lepas dah keluar pon jumaat lepas..berdebar jantung, ulu hati usus segala bak kata kau..lagi-lagi budak group whatsapp dok kecoh-kecoh result dah keluar..apa lagi Fqa terus buka laptop, semak dalam portal untuk check result..alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Fqa lulus dan lepas semua madah semester lepas..alhamdulillah kerana berjaya maintainkan pointer 3.++..even pointer tak tinggi mana pon..tak sia-sia jugak lah Fqa korbankan waktu tidur bangun awal pagi nak study..suka study last minit kan..padan la dengan usaha..serious Fqa cakap, madah-madah semester lepas agak killer sangat-sangat..dengan ponteng kelas bagai sebab terbangun lambat..haha..

inilah result Fqa =)

Bersyukur sangat ngan madah AB dan NS sebab lulus..B pula tu kerana Fqa memang bajet lulus pon dah ok..time exam haritu benda yang dok strugle langsung tak masuk dalam exam..memang dok takut gagal je madah tu..haa..yang tang kelas Reading & Writing nie la Fqa banyak ponteng kelas..alhamdulillah dapat A..yang lain takda la nak cuak sangat sebab alhamdulillah dapat jawab walaupon time carry mark ciput sangat..tulah nak sangat ambil ngan sheikh yang mudah faham tapi markah syadid..tapi kita belajar sebab nak faham kan supaya kita boleh amalkan dan sebarkan ilmu tu..

p/s: doakan Fqa berjaya meningkatkan pointer Fqa untuk 2 Semester terakhir sebelum kawen grad ya..aminnn :)

9 Disember 2014

Teruskan..

Assalamualaikum...
Orang nak kutuk??
Orang nak fitnah??
Orang nak buka aib??

Teruskan..

Aku tak mampu nak menghalang..

Mungkin kau rasa diri kau dah "PERFECT"
Kesedihan mengajar kita erti kekuatan,
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan...

Dalam hidup kita ada pelbagai dugaan yang perlu kita hadapi...

****
Saat ditimpa kesusahan, ucaplah : 

"Hasbunallahu wani'mal wakeel".
Cukuplah Allah sebagai pelindung..

DIA yang mempermudahkan urusan..



6 Disember 2014

nak kurus

Assalamualaikum..

hai semua..lama dah tak update blog nie..terasa malas la pula nak update selalu..almaklum la, bukan ada stories yang hot2 pon nak share dengan uolls..sekarang dah cuti semester..sebenarnya dah dekat sebulan pun cuti..tapi biasa la, kemalasan nak update kan..tengok usha blog pon jarang sekali..

biasa lah kan kalau balik rumah memang wajib la kita asyik makan je kan..sebabnya kalau kat tempat study dok bajet nak beli itu ini..and then bila kat rumah, amek kau semua kau lahap kan..hahaha...itu Fqa la..bukan korang..bila dah makan banyak semua tegur kenapa gemuk sangat nie...stress mak taw!!nak kurus balik!!!

9 Jun 2014

Why so serious?

Assalamualaikum..

 

1 Jun 2014

Salam Syaaban

Assalamualaikum 



9 Mei 2014

Segmen : Preloved by kokoclothes

Assalamualaikum..


comel tak banner yang Fqa buat nie?..
Fqa suka kucing tu..cute kan?..Amek kat page tuan punya segmen..

Banner atas tue Fqa buat untuk melengkapkan syarat penyertaan segmen Cik Kemey nie iaitu membuat banner Segmen Preloved by Kokoclothes..

Jom ramai-ramai kita join segmen nie..
kalau korang nak join klik je banner yang comel tu ek.. :)

p/s: simple sangat banner tu kan..almaklum la buat pukul 2 pagi..

20 April 2014

Cara Pelik Orang Syiah Solat

Assalamualaikum..

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1
Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.
Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.
Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.1
Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 3
Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.
Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 4
Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 6
Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 7
Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 8
Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.
Kaum Syiah Menyembah Selain Allah
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 9
Para penganut Syiah menyembah manusia!!. Menyembah selain daripada Allah Ta’ala, orang Islamkah mereka?. Lelaki dan wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka) dan sujud di depan gambar ulamak mereka di permakaman, sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.1
Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 11
Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12
Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.
Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 13
Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Tidak kiralah pemimpin-pemimpin golongan Yahudi yang anti zionis atau yang pro zionis, apa yang umat Islam perlu tahu mereka (Syiah dan Yahudi) ini bersahabat baik, sedangkan umat Islam (Ahli Sunnah) mereka bunuh dan bermusuhan. berjaga-jagalah dengan golongan ini, mereka penuh dengan tipudaya, pembohongan dan  kepura-puraan (Taqiyyah) .
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 14
Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Sedangkan Syiah boleh berbaik-baik dengan golongan Yahudi tetapi bermusuhan dengan Ahli Sunnah, mengapa mereka membenci Ahli Sunnah sebegitu rupa?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 15
Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.
Perngai Ulamak Syiah 16
Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.
Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.
Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Wallahu’alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke hasnulhadiahmad.com

1 April 2014

Hello April


Hello April..

aku suka bulan April...ahaaa

My Dear, jangan lupa ye..

nak hadiah besar-besar..hekhek

30 Mac 2014

Tudung Bawal Lime (borong)

Assalamualaikum..
Salam dear2 semua..kami sedia mengambil tempahan borong untuk tudung bawal..

Tudung Bawal Lime

Hanya jual borong sahaja

RM14/pc min order 10pcs








Jemput Like Page WIDE SHAWL
untuk update yang terbaru..

PM page/ whatsApp 0132749701.

21 Mac 2014

Sunnah-sunnah Hari Jumaat


Assalamualaikum..

Salam Jumaat penghulu segala hari..hari mulia penuh barakah..

Alhamdulillah syukur dengan segala kurnia dan rahmat dari Allah swt..

Semoga kita akan terus ditetapkan iman untuk menjadi hambaNya yang bersyukur, beriman dan bertaqwa kepadaNya..

11 Mac 2014

Selamat Malam

Assalamualaikum...
Sleep is so important and underrated, and it does wonders for you! Please don’t make staying up late a habit, even when there’s work you “have” to do. >n< Having enough sleep can make you more productive the next day.