5 Jun 2021

Tiup Habuk. Fuhhhh


Fuh Fuh Fuh. Tiup habuk sikit. Sudah bersawang blog ni.


Kali terakhir buka blog ni pun dua tiga bulan lepas. Itu pun dah beberapa kali dok ingat-ingat lupa apa la password email blog ni. Almaklum lah dah berabad tak login. Email pon dah bertukar lebih proper sikit. Takda la nak email konon-konon comel, ejaan entah apa-apa kan. Buat malu je nak bagi email tu kat orang bila dah kerja ni. So, terpaksa la buat email baru ye.


Sebagai permulaan ni, InsyaAllah takda pape pon nak kongsi. Eh, ada lagi ke orang layan blog sekarang? Entah la, kalau dulu ramai giler kot blogger. Eh lupa pulak sekarang orang dah tak main blog ler. Budak- budak sekarang lebih seronok bertiktokers dengan instafames bagai tu. Kak Fqa tak reti la semua benda tu. Bukan apa umur dah masuk tigapuluh ni memang susah kot nak cepat tangkap benda alah macamtu. Siapa geng sila angkat kening!!!


Mungkin blog ni Kak Fqa akan kongsikan apa-apa je yang menarik, tertarik dan kau memang debom. *tautaklaguni*. Iyelah dah tua ni takda kawan member nak kongsi cerita suka duka, tawa riang, gelak ketawa. Pendengar setia Kak Fqa sorang tu jela Abang Najib tu ha yang setia melayan perangai giler mood swing Kak Fqa. Kalau tak gaduh tak sah kot. Nak bermanja dengan anak, anak pulak takda lagi walaupun dah 6 tahun berkahwin. So manja dengan suami jela. Korang doakan Kak Fqa cepat-cepat dapat baby comel 111macam korang ye. Aaminn.


Semoga seketul Kak Fqa rajin nak update blog mulai sekarang.

Byebye, Love u baby

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila la komen..