10 Oktober 2013

macam itu ke kawan?..

Assalamualaikum..
hari ini hari yang paling sedih dalam hidup aku..banyak sangat dugaan aku hari ini..memang tak pernah la aku menangis depan kawan-kawan aku..biasanya aku happy je depan diaorang..tapi hari ini aku tak tahan sangat..

cuba korang bayangkan, bila korang study strugle giler..apa yang korang harap tiba-tiba sebaliknya terjadi..itulah yang berlaku kat aku tadi..aku duk menghafal al-Quran punya la tak ingat dunia sebab hari ini last tasmik..tengok2 nama aku tak ada pula dalam senarai..padahal dulu nama aku ada dalam senarai pelajar tasmik juzuk5..ya!!memang salah aku sebab langsung tak peduli dengan tasmik nie..kebetulan minggu ini terlalu banyak syafawi dan tahriri..tapi tak boleh ke ustazah tu bermurah hati sikit nak tolong aku..boleh pulak dia suruh aku ambil sem depan..memang kena struggle giler la weh..mana nak kejar juzuk 6 dengan juzuk 5..keluar dari bilik ustazah tu aku terus pergi tempat terlindung sikit..terus menangis..

tapi yang paling sedih, kawan aku yang dua orang tu langsung tak pujuk aku..diaorang best la..diaorang boleh tasmik..boleh pula diaorang buat tak tahu aku menangis..bukan nak tolong pujuk ke apa..aku bukan nak sangat diaorang pujuk aku ke apa..yang aku nak luahkan sesuatu bagi puas hati aku..ini idak makin tinggal aku sorang-sorang ada la..diorang tinggal aku kat situ..diaorang sedap pergi makan..kawan ke macam itu?..

diaorang selalu tinggal aku sorang-sorang..diaorang kalau nak buat apa-apa mesti lupakan aku..pergi cari bahan assigment pon berdua, tak ajak aku..tengok-tengok aku sorang je tak jumpa bahan lagi..terasa kot masa tu..tapi nak buat macamana..bila assigment kumpulan boleh pula buat-buat lupa..padahal nampak je aku tengah buat assigment tu, bukan nak tolong ke apa..okey aku boleh sabar lagi..bila nak dekat submit tu mula dok buat baik dengan aku tanya assigment da siap ke belum.. "eh da siap ke assigment kita tuh..hantar bila ye?". aku jawab la "da siap da..tinggal sikit lagi..yang dekat meja fqa tu..pergi la tengok"..tapi sampai sekarang habuk!!last-last aku juga yang kena buat..geram semua ada..kalau keluar pon mana nak ajak aku, ajak pun wajib da aku jalan sorang kat belakang..tapi kalau salah sorang takde kawan atau gaduh, mesti cari aku, bila da baik tinggal aku macam tu je..memang dasar orang K kot..
kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haram jadah hilang ke mana?..nasib baik ada 'PENDEK'..walaupon selalu gaduh dengan dia..tapi dia tetap ada bila masa aku perlukan dia..dia suka buat aku tersenyum sorang2 depan tepon..

p/s:maaf la penggunaan 'AKU' di entry kali ini..ini hanya untuk meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya..

2 ulasan:

  1. sabarlah akak.. cari kawan lain lagi bagus. saya pun tak suka kalau ada kawan yang macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye dik..nak cari kawan lain memang senang..tapi nak tinggalkan kawan lama macamtu aje susah sgt la..:(

      Padam

sila la komen..