2 Julai 2013

Kahwin Pada Usia Muda: Bahagia atau Derita

Assalamualaikum 


9 SEBAB KENAPA ANDA PERLU KAHWIN MUDA

Kahwin muda ? mak bapak beri kebenaran ke? antara topik hangat di kalangan remaja terutamanya yang sedang bercinta di luar sana tu. kahwin semasa muda sebenarnya adalah bagus tetapi mungkin ada yang tak setuju, Betul tak? ianya bergantunglah kepada induvidu terbabit dan juga keluarga mereka. Di sini terdapat beberapa sebab mengapa perlu kahwin muda?
Tuntutan Agama..
Berkahwin muda amatlah digalakkan di dalam agama islam. Kalau dah cukup syaratnya adalah amatlah disarankan berkahwin segera. Ianya adalah merupakan suatu ibadah dan diberikan pahala oleh Allah dengan niat yang ikhlas.
Menghindari zina..
Jika kita lihat tanggapan masyarakat sekarang yang beranggapan bahawa sudah berkerjaya dan mempunyai pekerjaan dan harta.. pendapat ni bukan boleh pakai sangat yang penting adalah perlu pandai menjaga diri dan bersedia untuk memikul tannggungjawab keluarga. Nilailah iman kita dan fikirkanlah sebaiknya kuat sangat ke nak tahan, sampai tua baru nak kahwin..
Tanggungjawab..
Dahulu anda tak begitu serius. Sekarang mesti dah serius. Maklumlah dah perlu pikul tanggungjawab dan anda rasa akan lebih bermotivasi dan melakukan sesuatu untuk keluarga dengan lebih prihatin contohnya belajar dan bekerja.
Ketenangan..
Betul ke? Ini bergantunglah kepada kurniaan Allah. Rata-rata pasangan yang saya jumpa berkahwin muda Mereka dilihat lebih tenang. Kebanyakkannya mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik dari sebelum mereka berkahwin semasa belajar. Tentu jiwa mereka lebih tenang sekarang.
Lebih Matang..
Ye lebih matang apa yang saya lihat setelah seseorang itu berkahwin perwatakannya akan berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu selalu menghabiskan waktu di luar sekarang sudah tentu bersama keuarganya dan cara pemikiran juga boleh berubah.
Perbaiki Diri..
Kalau dulu mungkin malas nak berjemaah tetapi kini mendirikan solat berjemaah bersama orang rumah apabila berkesempatan. Sifat-sifat juga akan cuba dikikis sedikit demi sedikit demi keluarga tersayang. Si isteri pula tentu akan menjadi rajin untuk kedapur menyiapkan santapan.
Anak..
Kalau kahwin awal insyaallah anak-anak akan dewasa dengan cepat sebelum kita mencapai usia emas. Jika dipanjangkan umur Sudah tentulah kita akan dapat berehat pada usia tua kerana pada waktu itu kebanyakan dari anak-anak kita telah bekerja.
Bahtera..
Kahwin muda pastilah lebih baik kerana ketika usia kita masih muda tentulah tenaga kita lebih kuat dan dapat memberi kepuasan kepada si isteri dengan lebih baik. Tahap kesuburan wanita pula adalah lebih baik di usia muda dan lebih mudah untuk menimang cahaya mata.
Murah Rezeki..
Biasanya masalah atau alasan yang utama ialah kewangan. Macam-macam yang melanda pemikiran kita tetapi yakinlah dan berpegang teguhlah kepadanya kerana pasti kesulitan itu akan dapat ditempuhi kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya dan pasti rezeki akan dimurahkan.

Pasti anda tertanya-tanya boleh ke kahwin awal. Apa-apa pun jawapannya terletak di bahu anda sendiri. Adakah anda sanggup untuk memikul tanggungjawab? Adakah anda sanggup untuk berubah. Jika keputusan anda adalah ‘ya’ berbincanglah dengan pihak keluarga kerana ianya sebenarnya membawa banyak kebaikan....

sumber:fb KahwinMudaJom

1 ulasan:

sila la komen..