6 Julai 2013

Marhaban ya Ramadan

Assalamualaikum

apa khabar korang?..semoga korang semua sihat walafiat dengan rahmat dan limpah kasih sayang daripada Allah SWT..
korang sudah bersedia ka untuk menghadapi bulan Ramadan?..ya..kita diwajibkan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan..korang perlu ingat bahawa berpuasa bukanlah bermaksud menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi juga menahan diri daripada segala perkara yang boleh merosakkan hati kita..dengan berpuasa kita dapat memdidik hati kita menjadi bersih dan taat kepada perintah Allah SWT

Rasulullah sendiri gembira setiap kali Ramadan tiba..Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan ramadan..Rasulullah SAW begitu gembira dan memperbanyakkan ibadat baginda..ketika bulan puasa berakhir, Rasulullah begitu sedih..

bagaimana dengan kita?..adakah kita juga berasa seperti itu?.

'Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orag sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (al-baqarah:183)

Selamat berpuasa!!

2 ulasan:

  1. Selamat Berpuasa iqa :)
    Pose penuh2 yer , nanti dpt duit raya !!! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat berpuasa juga awak..da besar nie mana la cukup puasa..hikhik..

      Padam

sila la komen..