29 November 2013

siapa boleh tolong editkan blog?..

Assalamualaikum...
Ada saipa2 tak yang boleh tolong ubah suai blog aku nie..aku dah bosan la dengan design nie..nak buat sendiri macam malas je..tambah pulak masa nak mengadap laptop dah tak serajin dulu mula2 dapat laptop..72jam tak tutup laptop pon boleh kau peah..nasib baik la tahan lasak laptop nie..

ok, sambung balik pasal edit blog, kalau yang berbayar tu jangan la mahal2 taw..hehehe..duit tengah pokai la..tapi kalau budget dalam rm20 paling mahal boleh la..kalau korang taw saipa2 yang boleh edit blog murah + cantik, tolong bagitaw aku taw..yang penting puas hati..

thanks.. v(^_^)v

16 November 2013

Rahsia al-Kautsar

Assalamualaikum..


surah nie paling pendek..hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik..rasanya lebih manis daripada madu..warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi..

surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Rasulullah kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib..

berbagai khasiat terkandung dalam surah ini boleh diamalkan..
baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita..
jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher..insha Allah hilang dahaga..
jika sering sakit mata seperti berair, gatal, dan bengkak, sapukan air mawar yang yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata..
jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x mudah-mudahan Allah bagi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu..
jika membacanya 1000x rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat..
jika orang teraniaya dan terpenjara, membacanya sebanyak 71x, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..

selamat beramal..terima kasih pinjamkan 3minit untuk baca entry ini..