31 Januari 2014

Laptop aku kena curi

Assalamualaikum...
Hari yang membosankan...bukan apa kawan-kawan pergi keluar dengan geng dia..aku malas nak ikut..kalau ikut wajib da duit yang tak seberapa ada nie kering kontang..haha..ayat tak boleh bla...

dikesunyian ini aku merinduimu my oppa..rindu gilak..da hampir sebulan aku tak jumpa oppa..oppa yang aku maksudkan adalah laptop aku yang dulu..mesti korang ingat laptop aku tu rosak ke apa..bukan rosak la..tapi kena curi..okey..aku ulang sekali lagi LAPTOP KENA CURI!!!okey..tutup mulut masing-masing..

kejadiannya aku tak tahu la macamana benda tu boleh hilang..maybe memang salah aku kot sebab tak bawak balik laptop tu..aku tinggalkan kat dalam bilik..masa tu ada la member bilik aku tu dia tak balik rumah..so, aku percaya kan dia..ikut la dia nak guna ke apa..aku tak kesah..pada hari kepulangan aku kat asrama, aku tanya kawan "mana laptop fqa?" di cakap ada atas katil tu je..aku tengok-tengok tak ada..padahal time tu sebak giler kot dalam hati nie..tanya semua orang dalam satu bilik tu diaorang semua tak tahu..huwaaaa..sedih....sob sob~~

esoknya roomate aku ajak pergi jumpa orang yang boleh cari barang yang hilang..aku pon ikut jela..yelah hati da tak tenang teringat oppa kan..paklong tu kata orang yang curi tu berdendam dengan aku..pernah keluar masuk dalam bilik aku..aihhh..apasal plak nak berdendam dengan aku..aku tak pernah kacau orang pon..lagi bertambah tension taw..patut la pada masa kehilangan laptop tu ada laptop kawan aku juga kat sebelah laptop aku..tapi yang peliknya HANYA laptop aku sahaja yang si Pencuri tu ambil..kalau nak mencuri kenapa tak ambil dua-dua laptop tu aja..lagi banyak untung...hmmm..geram la..

kawan aku try gak tanya kawan indon dia..boleh 'baca-baca'..dia kata orang tu pernah sekali je masuk bilik aku..mana la aku ingat siapa..hmmm..pastu dia cakap barang tu takda kat tangan si Pencuri tu..comfirm da menjual laptop aku tu..memang tak tak maafkan si Pencuri tu..banyak kenangan kot dalam laptop tu..aku beli guna duit sendiri..gambar-gambar masa aku diploma ngan join program falak bagai...cerita banyak..yang penting aplikasi untuk aku buat doodle ngan font-font comel...mana la aku ingat nak install balik macamana...

dan sekarang aku reda dengan kehilanganmu my oppa..

 Pesanan buat si Pencuri:
salam wahai pencuri..mungkin cik/puan pencuri tidak membaca blog aku..tapi aku tetap juga nak cakap kenapa kau curi laptop aku..macamana kalau laptop kau kena curi?..apa perasaan kau..kau ingat laptop tu barang murah ke?..kau tak malu ke?..harap je belajar agama tapi mencuri..jika kau membacanya,, aku nak sangat berkenalan dengan kau kerana kau buat hidup aku tak tenang dan menyusahkan hidup aku..terima kasih

29 Januari 2014

23 Januari 2014

Tukar password yahoo

Assalamualaikum..
siapa tahu kalau tak ingat password email yahoo nak buat macamana?..

tolong la..aku pon tak tahu nak buat macam mana..aritu laptop aku hilang..aku pula jenis tak suka log out..memang kena tukar semua la..bila da tukar tak ingat pula..huwaa..nak menangis...

6 Januari 2014

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog.



Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang


Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)




2 Januari 2014

Azam nak jadi "GIRLISH"

Assalamualaikum..

Rasanya tak lambat lagi kot aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua kawan-kawan..

Bila sebut tahun baru mesti semua da siap pasang azam tahun baru kan?..azam tahun lepas da tercapai ke cik kak?..kalau aku, alhamdulillah azam tahun lepas aku untuk menggemukkan badan akhirnya tercapai..berat semacam la rasanya..tapi masih maintain tau..hehehe

Okeh..azam aku tahun ini pula nak jadi "GIRLISH"..jangan la gelak weh..azam ni da bertahun-tahun aku cuba buat..tapi tak tercapai-capai..konon-konon awal tahun je jadi lembut..tak sampai beberapa hari terus jadi kasar pula..adeh..korang ada petua, cara untuk jadi lemah lembut, budi bahasa, sopan santun dan sewaktu dengannya la..please la tolong kawanmu ini..mana tahu tiba-tiba ada orang nak masuk meminang, tak pasal-pasal kena tolak mentah-mentah ngan mak mentua..hakhak