26 Mei 2012

::Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda!::




Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot2 anda mula menegang. Anda cuba mengelak dan cuba memberi alasan anda, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. jari jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. dan kali pertamanya dia menyentuh tempat yang betul.

semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya sebagaimana yang dia telah janjikan. dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayaknnya. ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu2 anda terkoyak. kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. mata anda digenangi dengan air mata tetapi anda menggelengkan kepada dan mahu dia terus melakukannya. dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. terus keluar masuk. tetapi anda sudah mula berasa kebas dan tidak lagi merasakan apa2. beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. anda terbaring dengan wajah yang pucat. dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan menyatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. dengan senyuman yang tawar anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila la komen..