31 Januari 2012

owh, baru tahu!!

Assalamualaikum..

otak tak pernah tidur!
walaupun anggota lain berada
di dalam keadaan rehat, tetapi
otak mengawal degupan jantung,
pernafasan dan penghadaman..

*************************

mana lebih senang..
senyum ke berkerut? sebenarnya
senyum lebih senang daripada
berkerut keranakita hanya
menggunakan 10 otot sahaja untuk
senyum..manakala untuk berkerut,
kita memerlukan 30 otot..

*************************

kita dapat mendengar
radio dengan jelas jika berada
di bulan..tetapi jika berada di
dasar laut, gelombang radio sukar
melepasi air..jadi kita tidak dapat
mendengar jika berada di dasar laut

*************************

rangkaian gunung terpanjang di dunia
berada di dalam laut..ia adalah
Mid-Ocean yang mana
terletak di tengah2 dunia..


Doa apabila susah tidur

Assalamualaikum..

Diharap korang sihat sejahtera di samping keluarga tersayang..

Kuliah sudah bermula..pastikan korang berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia untuk menghadapi pembelajaran..salah satu caranya ialah dengan memastikan korang mendapat tidur yang secukupnya..

Namun ada segelintir di antara student tuh sanggup tidur lewat malam semata2 untuk menyiapkan assigment..tabiat seperti ini kadang2 mengganggu rutin seharian korang seperti susah nak tidur sebab dah selalu sangat berjaga malam..

Baiklah, korang jangan risau..sesungguhnya Allah tempat kita mengadu..oleh itu, alangkah baiknya jika korang meminta pertolongan daripada Allah..kat sini fqa ada sertakan sepotong doa bagi membantu korang jika menghadapi masalah susah untuk tidur..


أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"tiada Tuhan kecuali Engkau. Maha Suci Engkau;
sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri"

Nota kaki:
Fqa harapkan korang akan mengamalkan doa ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya..barulah otak kita mudah menerima apa yang akan diajarkan oleh lecture nanti..

selamat beramal