Setiap kali ada problem atau dugaan yang menimpa hidup kita, pastinya perasaan stress, marah, sedih atau takut akan menyelubungi diri..jangan bimbang, miss ada cara untuk menenangkan diri....mungkin tak mungkin dapat membantu menyelesaikan problem korang sepenuhnya, tetapi dapat meredakan sedikit perasaan yang bercampur baur yang korang alami tuh..
1. menikmati teh
dalam sebuah kajian di University Collage, London. 75 sukarelawan minum secawan teh sebelum menyelesaikan masalah yang dihadapi..47% daripada sukarelawan itu berjaya menurunkan hormon marah dan tekanan berbanding mereka yang tidak meminum teh..
2. urutan
teknik urutan dapat menenangkan diri hingga 30%..sekiranya mahu lebih cepat, urut bahagian ibu jari dan telunjuk selama 20-30 saat..
3. makan coklat
rasa yang ada pada coklat dapat membesarkan pembuluh darah sehingga mengurangkan tekanan darah..harus diingatkan pilih dark chocolate berbanding milk chocolate..
4. buka youtube
ketawa boleh mengurangkan kadar hormon stres..so, cari video lucu di youtube dan ketawalah sepuasnya..
5. zat EPA dan DHA Omega-3
orang yang di dalam darahnya mengandungi zat EPA dan DHA Omega-3 dengan kadar yang tinggi akan lebih bahagia..makan ikan salmon, sardin atau suplemen EPA dan DHA
tetapi diingatkan tiada yang lebih baik untuk cara menenangkan diri iaitu sentiasa mengingati Allah dan memperbanyakkan berzikir..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila la komen..