Assalamualaikum.
Siapa yang bercinta dengan kontraktor atau bekerja sendiri memang hati kuat. Tak berWhatsapp, tak call dan tak berhubung sampai seminggu paling koman. Masa kerja diorang memang pack, padat! Tapi bila ada cuti, masa itu jelah diorang tidur. Apatah lagi kalau nak keluar berdating bagai.
Ye, Fqa faham sebab suami aku seorang kontraktor yang bekerja sendiri. Even dah kawin sekarang ni pun kalau ada on call tengah malam, sampai ke malam esok la baru jumpa bini dia ni.
Normal la kan kadang-kadang Fqa menggedik nak kan perhatian suami. Almaklumlah balik kerja dah lewat. Siap mandi, makan dan suami terus tidur. Esok paginya pula pergi kerja lagi awal dari orang kerja pejabat.
Tapi kalau dapat pergi pasar malam pun dah melonjak sampai ke langit.
Bagi mereka yang selalu cakap, "Suami dia kerja kontraktor la. Tapi aku tengok selalu macam tak ada duit."
Walaweh, meh nak luku sikit. Diorang kalau tak kerja tak ada la duit. Lagipun suami selalu lebihkan pekerja dia dulu sebelum dirinya. Cuba bayangkan, tengah malam tiba-tiba dapat call, anak demam apa, suami segera tolong bawak pergi hospital. belum lagi bagi duit tepi apa. Ya Allah, murahkanlah rezeki suamiku. Lain la awak tu, duduk kerja gomen boleh la cakap bukan-bukan, cukup bulan dapat gaji.
Alhamdulillah, rezeki tetap murah. Doakan kami cepat dapat rezeki anak pula ye.
FqaAkmal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila la komen..