26 Mei 2012

::Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda!::




Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot2 anda mula menegang. Anda cuba mengelak dan cuba memberi alasan anda, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. jari jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. dan kali pertamanya dia menyentuh tempat yang betul.

semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya sebagaimana yang dia telah janjikan. dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayaknnya. ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu2 anda terkoyak. kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. mata anda digenangi dengan air mata tetapi anda menggelengkan kepada dan mahu dia terus melakukannya. dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. terus keluar masuk. tetapi anda sudah mula berasa kebas dan tidak lagi merasakan apa2. beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. anda terbaring dengan wajah yang pucat. dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan menyatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. dengan senyuman yang tawar anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

5 Mei 2012

Anak Kampung by Jimmy Palikat


korang pernah dengar tak lagu Anak Kampung by Jimmy Palikat..first time dengar kat radio terus saya terpikat dengan lirik dia..almaklum la saya nie pun orang kampung gak..ada la kene mengena dengan jiran sebelah rumah jiran makcik kepada nenek sepupu saya punya anak menantu dia..hahaha..

jom la layan lagu nie..kalau tak best tuh ikut korang la..lain orang lain pendapat..


ringtone saya pon da tukar dengan lagu nie..kadang2 orang call sengaja malas nak angkat sebab nak 
dengar lagu nie..hehehe..sorry babe especially mr cool..



4 Mei 2012

::Lumrah berkawan..::



kadang2 kita sering bertengkar, ada masa baik sangat, ada masa jauh sangat..

ada kala kita tak sependapat, saya kata itu, awak kata ini, saya faham begini, awak faham begitu..

kadang kala salah faham, kadang kala salah sangka, apa pun yang terjadi..

saya sentiasa disini, setia menjadi temanmu, sebab saya percaya sekali kita berkawan, selamanya kita 
kawan..


**********************************************
..kenangan kita bersama..

berposing semasa first time pakai baju jabatan yang baru..tapi tak nampak pon kan bajunya..


sempat lagi berposing time tunggu bas nak pergi majlis pembukaan Tahun Melawat Kelantan..memang kenangan sebab time ini juga hanset kak umi masuk longkang.


sambutan hari lahir sahabat kami..banyak tukar tempat kan masa ini..angkut segala perkakas ke hulu ke hilir..


posing ngan bas kesayangan kolej pula..roomate sem 3+4..geng2 yang suka berderak dan bergambar..thank untuk kenangan2 kita bersama..


2 Mei 2012

::TaugeH::




mesti ramai suka makan taugeh..nak pula campur dalam char kuey teow..hmmm rangupnye..tapi nak beli taugeh tuh kene buat eksperimen dulu la..

beli sikit..tapi jangan makan dulu sebaliknya simpan untuk 3 hari..pastu cuba bau taugeh tuh lepas 3 hari macamana..dan kalau boleh beli taugeh yang puteh berseri tuh..

keputusan yang mungkin boleh didapati..
lepas 3 hari bau taugeh tuh hancing semacam..bermakna taugeh tuh disiram dengan urine aka air krncing..dan urine tuh la jugak menyebabkan kaler putih berseri..kalau nak tahu taugeh keluaran bumiputera senang jer..kaler dia macam kekuningan sikit dan cepat layu serta kurang rangup..sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja..

kenapa taugeh yang menjadi mangsa?..
sebabnya taugeh nie sejenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dalam batangnya..tak seperti sayuran lain iaitu sayur-sayuran berdaun hijau yang mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dalam erti lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar akan menyerap dan proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat2 dari baja..

tak macam taugeh dia menyerap terus apa yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis..tuh sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau dia wangi semacam..

so bagitahu la kat sedara mara, jiran tetangga, kawan kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hancing  dengan taugeh2 bumiputera..