21 April 2012

kenapa tak takutkan tak pakai tudung kepala?...


kisah topi keledar kan kakak



seorang budak kecil bertanya pada seorang kakak..

"kak!"sapa budak itu kepada kakak yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya..

"ya dik.."jawabnya..

budak kecil itu bertanya lagi..."kak, kenapa kakak pakai topi keledar tuh?.."

jawab kakak tersebut.."undung-undang suruh pakai dik..kalau tak pakai nanti takut kena saman je.." 

"lagipun untuk keselamatan dik..kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!"..kakak itu memberitahu dengan penuh keyakinan..

adik tuh bertanya lagi.."kak, kenapa tak takutkan tak pakai tudung kepala?..undang2 Allah suruh perempuan pakai tudung..lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak?..di akhirat nanti kena bakar kalau tak pakai tudung.."

kakak tuh tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minya motor yang dinaikinya..sambil memikirkan kata2 adik kecil tuh...


hmmm..budak kecil pon tahu dan pandai menasihatkan kakak tentang tudung..mendalam sungguhkan cerita kat atas nie..tapi tuh la realiti sekarang..undang2 dunia ditakut tapi undang2 Allah tak mahu ikut...

sekarang nie ramai sangat perempuan yang 'pemurah' dan suka dedah sana sini..ada yang pakai tudung tapi dalam masa yang sama berpakaian ketat ngan sendat..sebab tuh mudah sangat orang lelaki terCUCI mata..hikhik..

ada ustaz pernah cakap perempuan yang mendedahkan aurat nie 2kali ganda dosa daripada orang yang melihatnya..sebab kalau perempuan tuh tak membuka aurat, mesti lelaki tuh tak nampak..bayangkan lah kalau penyanyi macamana..beribu2 orang dapat dosa sebab tengok aurat dia yang terdedah...nauzubillah..

20 April 2012

First Contest by Afiqah & Amani Azwa: Edit Gambar Sehabis Cun



ambe join contest lagi la..lagipon tak sampai hati la nak menolak sebab tuan punye blog pon yang menjemput ambe join contest die..agak tergaru terharu la jugak..thank FIQA..kebetulan nama plak sama kan..hehe

oke la sebenarnya ambe pon tak reti nak mengedit gambar nie..tapi setelah edit mengedit gambar kat photoScape jadi  la macam kat bawah nie hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

maaf lah kalau terHUDUH..kalau terCANTIK ada chance la nak menang kan..hehehe

hurmm..nak tag sape plak ekk

p/s: segala syarat2 penyertaan sila klik banner yang cun melecun yang kat atas tuh..

1st Giveaway By Fatma Fazira



kali nie ambe nak share satu lagi giveaway yang ambe join..hadiah2 dia best taw..seperti biasa malas nak cakap banyak2..korang klik je kat gambar belon2 tuh nanti die kuar la segala macam syarat ngan hadiah die..selamat maju jaya ye..jom join taw..



ambe nak tag 

oke..rasanya da penuhi kot syarat2 yang termaktub dalam surat perjanjian tuh..hehe..harap2 bertuah la kali nie..insyaAllah..

16 April 2012

Rm1 bertemu RM50


cuba korang bayangkan jikalau duit yang korang gunakan dalam seharian boleh bercakap, boleh berkata-kata..korang cuba fikirkan apa benda yang akan disebut oleh duit2 tuh?..apakah yang dia mahu?.oleh itu ambe ingin kongsi sedikit kisah mengenai duit RM1 apabila berjumpa dengan RM50..

RM1 terlah berjumpa dengan sahabat lamanya iaitu RM50 dan bertanya: 
"oit, lamanya tak nampak muka ko..mana ko pergi ek?.."

RM50 menjawab: "
aku pergi merata tempat..pergi stadium tengok bola, pergi KL naik Air Asia, lepak One Utama, Malaysia Idol..tempat2 macam tuh la..ehh..ko pe cerita plak?..ce citer.."

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk: "
Hurmmm..biasalah..balik2 tempat sama..surau, masjid, surau.."



dah nampak dah kan..sesungguhnya banyak duit kita habiskan untuk hiburan semata-mata..kenapa kita nie sangat kedekut menderma..kenapa?..tanya hati

muhasabah kepada diri sendiri juga..

12 April 2012

kisah pemadam dan pensil



oke, kali nie ambe nak share kisah pendek mengenai KISAH PENSIL & PEMADAM.  semoga kisah nie mampu memberi pengajaran kepada kita..maaf la kalau sudah pernah baca di mana2 entry..ambe sekadar perkongsian untuk rakan2 yang tak pernah baca lagi..

ingat..baca dengan penghayatan tahu supaya semua intipati kisah nie meresap jauh ke dalam hati korang..bertuahlah kepada sesiapa yang mempunyai "dia" atau "mereka".

************

PENSIL:
saya minta maaf..

PEMADAM:
kenapa?..awak tak buat salah apa2..

PENSIL:
saya minta maaf kerana kesakitan kamu disebabkan saya..setiap kali saya melakukan kesalahan, awak selalu ada untuk memadamkannya..tetapi setiap kali awak menghilangkan kesalahan saya, awak akan kehilangan sebahagian daripada dari awak sendiri..awak menjadi semakin kecil dan semakin kecil setiap masa..

PEMADAM:
betul tuh..tapi saya tak kesah..awak lihat, saya memang diciptakan untuk melakukan benda nie..saya dibuat untuk membantu awak ketika awak melakukan sesuatu yang salah..walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya akan pergi dan awak mengantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya..jadi tolonglah berhenti bimbang..saya tak suka melihat kamu sedih..

pengajaran:
 ibu bapa diumpamakan seperti pemadam manakala anak mereka pula sebagai pensil..mereka selalu ada untuk anak2 mereka..kadang2 dalam masa yang sama mereka terluka dan menjadi lebih tua dan akhirnya berlalu pergi..walaupun anak2 mereka akhirnya berjumpa dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak2 mereka dan tak suka melihat anak2 mereka dalam keadaan bimbang atau sedih..namun ibu bapa kita semkin tua dan semakin tua setiap hari..suatu hari nanti, semua yang kita akan tinggalkan akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang biasa kita ada..


..jika kita tak mampu menjadi sebatang pensil untuk menulis kebahagian kepada orang lain..
..cubalah menjadi pemadam lembut yang mampu menghilangkan kesedihan orang lain..

6 April 2012

miss someone


fuh..rindunya kat dia..apakah yang perlu dibuat kalau rindu kat seseorang?..adoi..yang paling sedih plak..bile kita tahu orang tuh tak rindukan kita pon..huhu

Jika rindukan someone, pejamkanlah mata dan ucapkan:

"Ya Allah, aku merinduinya keranaMu Ya Allah..Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu..Aku semakin mengerti 'JARAK' ini bukan untuk menghukumkku, tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih daripada segalanya..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi..

Dengan jarak ini juga aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s: Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia..

ungkapan ini bukan saja untuk pasangan suami isteri taw..tapi juga kepada sahabat2 yang kita sayangi..